Semalam saya ada urusan kat kl...hmmm...saya takmau drive masuk kl, jadi saya mintak Boss Besar yang tunggu saya kat sana...
Jadi saya park kereta kat station lrt dan naik lrt sampai Dato Keramat...sebelum nak pi settle kerja tu, saya nak pi makan dgn Boss Besar...ala2 lunch date gitu...lepas Boss Besar abih solat jumaat, dia bawak saya pi makan kat gerai ikan bakar kat pasar keramat tu...ramainya orang dan set hidangan kat situ ialah sup kaki ayam, ikan bakar, air asam dan ulam...sambil makan tu saya tengok cara pakcik tu bakar ikan dan hari ni saya bakar ikan style pakcik tu...
Ini resepinya
Resepi Ikan Bakar
Bahan
- 2 ekor ikan kembung yang fresh dibersihkan
- garam dan serbuk kunyit secukup rasa
- 2 sudu besar marjerin
- daun pisang untuk balut ikan
Cara
- Lumurkan keseluruhan badan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
- Balutkan dengan daun pisang.
- Bakar dengan api sederhana.
- Sambil membakar, letakkan lah marjerin
- Balik-balikkan ikan dan bakar sehingga ikan masak sempurna.
- Sedia untuk dinikmati.
Resepi Air Asam
Bahan
- 2 biji cili merah*
-3 biji cili padi*
- belacan sebesar ibu jari*
- 2 biji bawang merah dihiris
- 1/2 biji tomato dihiris
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 2 sudu makan air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
Cara
- Tumbuk lumat semua bahan bertanda*.
- Masukkan bawang merah dan tomato. Tenyehkan dengan alu lesung. Tambahkan air asam jawa dan jus limau nipis. Perisakan dengan garam dan gula. Gaul sebati.
- Sedia utk dimakan dengan ikan bakar.
Hmmmm...tak sabar-sabar nak tengok apa komen Boss Besar...nampaknya menjadi lah ikan bakar ni...dan saya rasa rahsianya ialah penggunaan marjerin tu, aroma marjerin dan daun pisang tu masa bakar memang wangi...owhhhh ya, saya guna pemanggang ajaib tapi saya tak tutupkan tudungnya...jadi daun pisang tu pun jadi ala-ala garing gitu...
Dan mula lah saya dan Boss Besar plan kalau nak buat makan famili, bulehlah buat menu ikan bakaq dgn ayaq asam...hahaha...
Jadi, selamat membakar ikan!
Babai
No comments:
Post a Comment