Thursday, 28 April 2016

Terung Telur Dadar

As salam...

Selalunya kalau terung ni, saya akan buat pajeri atau pun masukkan dalam gulai, kalau mak mertua saya, dia suka terung bakar sbg ulam...

Baru-baru ni dlm page MAHN, ada org share terung yg digoreng dgn telur, tapi saya baca seimbas lalu mcm tu je...tapi hari ni saya nak try buat dan resepinya kira ingat-ingat lupa lah...



Apa lagi...ini resepinya
Resepi Terung Telur Dadar
Bahan
- 1 biji terung panjang
- 2 biji telur
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 1 biji cili merah dihiris
- secubit garam
- sedikit minyak

Cara
  1. Bakar terung sehingga kulitnya kehitaman dan isinya lembut. Angkat dan buangkan kulit terung. Belah dua memanjang tapi jangan putus. Ketepikan
  2. Kocok dua biji telur hingga sebati. Masukkan garam. Kacau sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Goreng bawang besar dan cili hingga layu. Masukkan terung. Leperkan terung dgn belakang sudu. 
  4. Masukkan telur. Goyang kan kuali seperti buat telur dadar.
  5. Masak hingga kedua-dua bahagian telur masak dan garing.
  6. Angkat dan sedia utk dinikmati.
Masa mula-mula hidang, si nombor dua takmau makan, dia kan allergic betul dengan sayur, tapi saya kata sapa makan dia akan jadi bijak bestari...lepas tu baru lah dia nak cuba...dan lepas tu laju je dia makan cuma bawang dgn cili dia tolak tepi...aishhhh...

Sedap pulak terung masak macam ni, masa makan tu, boleh bau aroma terung bakar,rasa manis bawang, pedas cili dan telur dadar yg crispy...rasanya lepas ni boleh tambah lagi amaun terung tu, maklumlah hari ni versi nak try dulu...

Jadi, apa lagi...jom memasak!

Babai


Monday, 25 April 2016

Masak Lemak Telur dan Mangga Muda

As salam...

Macam biasa dah lama saya tak masak, tapi malam tadi si nombor dua tanya, kenapa mak dah tak masak macam dulu...hmmmm...baiklah nak, mak cuba untuk lebih kerap masak...

Pagi tadi, utk bekal sekolah agama, saya buat nasik goreng...keletang keletung dan saya terlewat keluar dari rumah, sampai kat tempat kerja, lagi dua minit...merah...hahaha...

Untuk dinner, saya nak masak yang simple je, jadi saya masak lemak telur dan nak bagi macam lain sikit, bubuhlah jugak mangga muda dalam kuah tu...ala2 nak ganti asam keping...hikkkssss...



Ini resepinya...
Resepi Masak Lemak Telur Dgn Mangga Muda
Bahan
- 5 biji telur
- 5 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 hiris lengkuas*
- 2 biji cili padi*
- 1 biji cili merah*
- 1 kotak kecil santan ayam brand
- 1 biji mangga muda dihiris
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis
- hirisan cili hijau sbg hiasan.

Cara

  1. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit bau.
  3. Masukkan 1/3 kotak santan dan dua cawan air. Biarkan mendidih.
  4. Perlahankan api, pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau. Biarkan telur tu masak dahulu utk elakkan telur hancur.
  5. Apabila telur masak, masukkan baki santan,mangga muda dan hirisan cili hijau. Kacau perlahan. Jika kuah pekat, bolehlah ditambahkan air lagi.
  6. Perisakan dgn garam dan gula secukup rasa. Tutup api apabila kuah mendidih.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Macam mana rasanya ya? Sedap...lemak-lemak dan ada rasa masam mangga muda...Boss Besar pun cakap sedap...tapi dia makan sikit je, diet kan...nak bagi lengkap hidangan ni, saya goreng ikan dan tumbuk sambal totok...laju je masing-masing tambah nasik...

Hmmm...apa lagi, kalau ada pokok mangga kat rumah tu, try lah resepi ni!

Babai

Saturday, 16 April 2016

Ikan Bakar Air Asam

As salam...

Semalam saya ada urusan kat kl...hmmm...saya takmau drive masuk kl, jadi saya mintak Boss Besar yang tunggu saya kat sana...

Jadi saya park kereta kat station lrt dan naik lrt sampai Dato Keramat...sebelum nak pi settle kerja tu, saya nak pi makan dgn Boss Besar...ala2 lunch date gitu...lepas Boss Besar abih solat jumaat, dia bawak saya pi makan kat gerai ikan bakar kat pasar keramat tu...ramainya orang dan set hidangan kat situ ialah sup kaki ayam, ikan bakar, air asam dan ulam...sambil makan tu saya tengok cara pakcik tu bakar ikan dan hari ni saya bakar ikan style pakcik tu...


Ini resepinya
Resepi Ikan Bakar
Bahan
- 2 ekor ikan kembung yang fresh dibersihkan
- garam dan serbuk kunyit secukup rasa
- 2 sudu besar marjerin
- daun pisang untuk balut ikan

Cara

  1. Lumurkan keseluruhan badan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Balutkan dengan daun pisang.
  3. Bakar dengan api sederhana. 
  4. Sambil membakar, letakkan lah marjerin
  5. Balik-balikkan ikan dan bakar sehingga ikan masak sempurna.
  6. Sedia untuk dinikmati.
Resepi Air Asam
Bahan
- 2 biji cili merah*
-3 biji cili padi*
- belacan sebesar ibu jari*
- 2 biji bawang merah dihiris
- 1/2 biji tomato dihiris
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 2 sudu makan air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa

Cara
  1. Tumbuk lumat semua bahan bertanda*.
  2. Masukkan bawang merah dan tomato. Tenyehkan dengan alu lesung. Tambahkan air asam jawa dan jus limau nipis. Perisakan dengan garam dan gula. Gaul sebati.
  3. Sedia utk dimakan dengan ikan bakar.
Hmmmm...tak sabar-sabar nak tengok apa komen Boss Besar...nampaknya menjadi lah ikan bakar ni...dan saya rasa rahsianya ialah penggunaan marjerin tu, aroma marjerin dan daun pisang tu masa bakar memang wangi...owhhhh ya, saya guna pemanggang ajaib tapi saya tak tutupkan tudungnya...jadi daun pisang tu pun jadi ala-ala garing gitu...

Dan mula lah saya dan Boss Besar plan kalau nak buat makan famili, bulehlah buat menu ikan bakaq dgn ayaq asam...hahaha...

Jadi, selamat membakar ikan!

Babai


Wednesday, 13 April 2016

Ketam Goreng

As salam...

Masa pi pasar malam, saya ada beli ketam...tak plan pun nak masak apa lagi...beli dulu, pikir kemudian konsepnya..

Pada awalnya, nak buat masak lemak, tapi semalam dah masak lemak labu...aishhhh...bukan hari-hari nak makan lauk bersantan kan...pikir punya pikir...buatlah ketam goreng aje...ringkas dan sedap...


Ini resepinya
Resepi Ketam Goreng Ala Kam Heong
Bahan
- 4 ekor ketam dibersihkan
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1 sudu makan udang kering ditumbuk
- 1 sudu besar rempah kari
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu makan minyak masak
- 3 pelepah daun kari
- 2 biji cili hijau dan merah dihiris
- 1 biji telur
- garam gula secukup rasa
- sedikit air

Cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, udang kering dan daun kari hingga terbit bau. Masukkan pula rempah kari dan sedikit air. Goreng hingga rempah garing.
  2. Tambahkan sos tiram dan sos cili thai. Gaul rata.
  3. Masukkan ketam. Goreng hingga ketam masak. Kalau nampak kering, tambahkan sedikit air.
  4. Apabila ketam masak, perisakan dengan garam dan gula. 
  5. Pecahkan telur dan biarkan sekejap sebelum digaul rata.
  6. Masukkan cili yang telah dihiris. Gaul sebati dan tutup api apabila telur masak sepenuhnya.
Ringkas kan? Anak- anak saya suka, lauk ni tak pedas, sapa suka pedas tu, ketuklah dua tiga biji cili padi masukkkan dlm lauk ni...tapi biasalah setakat empat ekor ketam je, sekali hidang habislah...

Cuma yg frustnya bila nak buang sampah tadi, ada ketam yg tak abih licin dimakan, saya rasa ni kerja si nombor dua, dia cuma makan telur yg bersalut kat ketam tu je...aishhhh...kan mak dah pesan, ketam yg tak licin isinya tu, letak tepi nanti mak perabihkan... owhhhh...anak-anak...kena ajar cara yang betul nak makan ketam ni, nasiblh yang dibuangnya cuma setengah ekor, kalau banyak...memang nak kena bagi tazkirah jgn membazir....adoiiii...

Okay lah, apa lagi, selamat memasak...

Babai

Monday, 11 April 2016

Daging Goreng Berempah

As salam...

Kebelakangan ni saya agak busy dgn beban kerja yg banyak...rasa mcm dah tak dan nak kejar...siap satu kerja...ada banyak lagi yg dok tunggu..

Salah satu terapi yg bagi saya hepi....masak...jadi hari ni...saya mengabdikan diri kat dapur dan masak...

Daging goreng ni feveret si nombor satu...kali ni buat lain sikit, saya tambah rempah kurma...dan hasilnya...wallllllaaaaa...sedap bak kata si nombor satu...


Ini resepinya...
Resepi Daging Goreng Berempah
Bahan
- 300g daging hiris nipis digaul dgn sedikit serbuk kunyit
- 1 hiris halia
- 1 labu bawang besar di hiris
- 2 biji cili merah dan hijau dipotong kasar
- 1 sudu makan rempah kurma Faiza
- 1 sudu makan kicap manis Enaq
- 1 cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- secubit gula
- garam secukup rasa

Cara
  1. Masukkan daging dan halia ke dalam kuali. Masak dengan api perlahan hingga air daging kering. Jika daging belum empuk, masukkan air dan rebus lagi sampai daging lembut.
  2. Apabila daging sudah lembut, masukkan minyak dan rempah kurma. Goreng hingga daging garing dan terbit bau rempah. tambahkan kicap, bawang besar, cili hijau dan merah dan secubit gula. Gaul sebati. Perisakan dengan garam secukup rasa.
  3. Tutup api apabila bawang goreng mula layu.
  4. Sedia untuk dihidangkan
Senangkan? Kalau guna daging batang pinang, tak perlu lah tunggu lama sangat utk daging tu empuk. Tapi kali ni daging yang saya guna agak liat, jadi saya kena rebus laaaaaamaaaaa,hmmmm.... nampaknya saya tertipu dengan si pejual daging tu, dia kata daging tu daging lembut...masalah betul bila jadi orang yang taktau nak kenal jenis bahagian daging ni, selalu silap beli walhal sekilo agak mahal jugak, rm 38.

Saya letak kicap utk dapatkan kaler yg cantik dan secubit gula utk bagi berkilat...hmmmm...nampaknya anak-anak dan Boss Besar suka daging rempah ni...saya pikir nak simpan sikit utk esok, tapi abis jugak diratah macam tu je dgn rakyat jelata...

Apapun, resepi ni simple dan sedap...selamat mencuba!

Babai

Sunday, 10 April 2016

Ayam Cencaluk

As salam...

Semalam saya pi Melaka...trip dgn kawan2 tempat kerja...wajib kena pi...anak-anak Boss Besar jaga...

Bila sampai melaka...benda yg dicari mestilah gula melaka dan cencaluk...kalau ikutkan, rakyat jelata di rumah ni tak makan cencaluk tapi sebab saya teringin nak try ayam cencaluk, beli jugak lah sebotol...tak silap saya resepi ni asalnya dari baba nyonya... 




Meh tengok resepinya...
Resepi Ayam Cencaluk
Bahan
-1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 5 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1/2 cawan cencaluk ditoskan airnya
- 2 sudu besar gula
- 3 sudu makan jus limau nipis
- 6 helai daun limau purut
- 2 biji cili merah dihiris
- 5 biji cili padi
- 5 biji bawang merah*
- 3 batang serai*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 cawan air
- garam jika perlu
- 1/4 cawan minyak masak

Cara
  1. Kisar halus bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan cencaluk, daun limau purut dan ayam. Masak hingga ayam kecut dan 3/4 masak.
  4. Kemudian, tambahkan air, gula, bawang goreng (dari step #2), jus limau nipis,cili merah dan cili padi. Gaul sebati.
  5. Renehkan hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Tambahkan garam jika perlu.
  6. Tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Mula-mula tu risau jugak bila tengok kombinasi ayam dan cencaluk ni...tapi bila dah masak, sedap rasanya. Boss Besar tak percaya bila saya bagitau ada cencaluk dalam lauk ni...

Wangi daun limau purut dan rasa masam dari jus limau nipis tu memang terangkat...tambah lagi dengan rasa masin-masin udang cencaluk tu...saya bubuh cili padi sebiji-sebiji nak bagi ada kaler hijau, tapi sapa yg suka pedas, bolehlah dihiris cili padi tu...

Nak bagi power lagi, saya goreng pulak ikan gelama masam...akhirnya musnahlah diet Boss Besar bila dia makan nasik bertambah-tambah...adoiiiii...

Jadi...apa lagi...jom masak!

Babai

Wednesday, 6 April 2016

Chilled Mango Cheesecake

As salam...

Hari ni saya buat ciskek...hmmm...
dok terlioq tengok orang dok pakat buat...

Resepinya mudah je...yg remehnya masa nak susun mangga kat atas tu je...maklumlah nak jugak bentuk bunga tu...




Okaylah...takmau cerita panjang...ini resepinya
Resepi Chilled Mango Cheesecake
Bahan
A
- 150g biskut marie
- 70g butter dicairkan

B
- 250g cream cheese pada suhu bilik
- 250g UHT whipping cream
- 1 1/2 sudu besar gelatin halagel
- 50ml air suam
- 60g gula castor
- 1 biji mangga masak ranum

C
- 2 biji mangga dihiris setebal 2-3 mm
- 1 biji mangga dijadikan puree
- 1 sudu besar gula castor
- 1/2 sudu besar gelatin halagel
- 50ml air suam

Cara

  1. Kisar biskut marie sehingga halus. Satukan biskut dengan butter cair. Gaul sebati.
  2. Padatkan serbuk biskut itu di dalam loyang springfoam 8". Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. 
  3. Keluarkan dari oven, sejukkan sekejap sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  4. Untuk filling, pukul whipping cream hingga gebu, jangan overbeat, nanti berketul-ketul. Ketepikan.
  5. Campurkan gelatin dan air suam. Kacau hingga gelatin larut. Ketepikan.
  6. Ambil isi mangga dan jadikan puree. Ketepikan.
  7. Satukan cream cheese dan gula castor. Pukul hingga cream cheese kembang dan sebati.
  8. Setelah cream cheese kembang, masukkan gelatin dan puree mangga. Pukul dengan kelajuan sederhana.
  9. Seterusnya, tambahkan whipping cream dan kaup balikkan hingga adunan sebati.
  10. Tuangkan adunan creamcheese ini ke dalam loyang yang telah diisi dengan serbuk biskut.
  11. Masukkan loyang ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  12. Untuk glaze dan hiasan, jadikan puree dari sebiji mangga. Tambahkan gula. Gaul rata. Ketepikan.
  13. Larutkan gelatin dengan air suam. Kacau hingga gelatin larut.
  14. Masukkan gelatin ke dalam puree mangga. Gaul rata.
  15. Curahkan glaze mangga ini ke atas kek dan susun hirisan mangga menjadi kelopak rose.
  16. Simpan cheesecake di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.
  17. Sedia utk dinikmati.
Hmmmm...sedapnya...Boss Besar yang bukan penggemar ciskek pun cakap sedap...si nombor tiga makan bertambah...si nombor dua tengok je...dia kan makan nasik...mana nak dilayan ciskek ni...hmmmm

Paling tak tahan bila si nombor tiga tanya kenapa bila birthday mak, kek mak buat sendiri...owhhhh...nak buat lagu mana...takdak sapa yg beli kek kat mak...hmmmm...dah tua rupanya saya...uban pun dah mula cakap hai kat kepala ni...

Apapun...selamat mencuba dan selamat hari tua utk saya!

Babai

Tuesday, 5 April 2016

Mee Sup Sempoi

As salam...

Hari ni saya dapat balik awal, dah dua hari saya pi kursus kat kuala selangor, walaupun disediakan bilik, saya tak tidoq sana maklumlah selama ni saya tak pernah lagi berpisah dengan anak-anak....lagipun kuala selangor dgn shah alam tak jauh mana, hari pertama tu, saya sampai rumah malam tu pukul 11.30 mlm...hmmmm...lainlah kalau depa hantar saya pi kursus kat perlis...mau berbaldi-baldi ayaq mata dok menangis sbb teringat kat anak....

Sampai rumah tadi pukul 2.00 ptg, saya singgah pi beli ayam, dalam kepala saya nak buat mee sup yang sempoi je, untuk si nombor dua, saya tanak nasik putih, boleh makan dgn kuah sup nanti.

Resepi ni saya mmg rekomen untuk mak-mak yang sibuk, tak susah pun nak buat dan rasanya pun taklah berempah sangat...sesuai kalau budak kecik-kecik nak makan...untuk org tua, kita buat lah sambal kicap yang berasap kalau depa nak kuah yang pedas....



Jom tengok resepinya....
Resepi Mee Sup Sempoi
Bahan
- 2 bungkus mee kuning dicelur dan ditoskan
-1/2 ekor ayam potong sederhana dan dicuci bersih
-1 kiub pati ayam
- 5 ulas bawang putih (jangan buang kulit)
- 1 inci halia diketuk
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 10 biji lada hitam ditumbuk kasar
- 1 bunjut rempah sup
- 2 - 3 liter air (ikut kesesuaian)
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- minyak untuk menggoreng ayam

Untuk hiasan
- bawang goreng, kobis celur, sambal leting

Resepi sambal leting
Bahan
- 15 biji cili padi ditumbuk halus
- 1 sudu makan cuka
- 3 sudu makan kicap
- 3 sudu makan air
- sedikit minyak

Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili tumbuk hingga garing. Masukkan kicap, cuka dan air. Kacau sebati. Tutup api.

Untuk kuah sup
Cara
  1. Masukkan ayam, halia, bawang putih dan air ke dalam periuk yang sesuai. Rebus hingga mendidih dan ayam empuk.
  2. Angkat ayam dan toskan. Gaul rata ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  3. Dalam periuk air rebusan ayam, masukkan kiub pati ayam, serbuk lada sulah, lada hitam dan sup bunjut. Renehkan sehingga semua rempah sup mesra dengan kuah. Perisakan dengan garam. Tutup api.
  4. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah direbus tadi hingga garing. Angkat dan dipotong kecil-kecil.
  5. Dalam mangkuk, masukkan mee yang telah dicelur, taburkan isi ayam, taburkan bawang goreng, sayur kobis, dan sambal kicap leting. Curahkan kuah. Sedia untuk dinikmati.
Hmmmm....walaupun simple, habislah jugak dua bungkus mee ni....Boss Besar cakap sedap...hikkkssss....seronok je rasa...untuk sambal leting tu, mmg pedas...kalau takmau buat, cili kicap pun okay jugak,...kalau ada daun sup, daun bawang boleh lah ditabur atas mee sup kita ni...saya dah malas nak keluar pi beli....kobis celur sbb nak perabih stok kobis dalam peti ais je, saya hiris nipis-nipis dan lepas tu celur sekejap...jadi lah buat hiasan....

Jadi apa lagi....cubalah resepi mee yang sempoi ni...mesti puas hati...

Babai

Sunday, 3 April 2016

Terung Goreng Ikan Bilis

As salam...

Dah lama saya tak tulis entry...maksudnya dah laaaaaaaama saya tak masak....sampai anak2 pun tanya bila mak nak masak...rasanya depa dah jemu sbb asyik-asyik makanan yang sama je saya tapau....tomyam, nasik goreng, nasik lemak...

Ada satu hari tu sbb kesian kat depa, saya goreng ikan dan makan dgn nasik dan kicap...aikkkkk...bertambah depa makan...

Boss Besar pun tanya jugak sbb saya dah tak buat kek dan kuih mcm dulu...iya lah...macam tak sempat je nak masak...balik keja, bila dah ambil si nombor empat dan si nombor lima dari rumah pengasuh, dok melayan depa aje lah...masak dah tolak tepi...aishhh...

Semalam pi kenduri tahlil arwah pak sedara saya....masa balik makteh saya tapaukan lauk kenduri....jadi hari ni saya cuma masak nasik dan panaskan lauk tu...dan saya tambah satu jenis lauk yg simple...



Ini resepinya...
Resepi Terung Goreng Ikan Bilis
Bahan
- 5 biji terung panjang saiz kecil
- 3 biji cili padi*
- 3 biji cili merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 cm belacan*
- 1 gengam ikan bilis*
- 1 sudu makan kicap manis
- garam dan serbuk kunyit secukupnya
- minyak masak secukupnya

Cara

  1. Terung dibelah dua. Gaul rata dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak. Goreng terung hingga layu. Angkat dan toskan. Susun di dalam pinggan.
  3. Tumbuk semua bahan bertanda* hingga hancur.
  4. Panaskan dua sudu makan minyak menggoreng tadi. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
  5. Tambahkan kicap. Gaul rata. Tutup api.
  6. Curahkan ikan bilis timbuk ini ke atas terung yg telah digoreng tadi.
  7. Sedia utk dinikmati.
Macam mana respon rakyat jelata? Boss Besar bagi komen sedap...dia cakap dah lama tak makan lauk masak sendiri...owhhhh...terkembang hati ni sekejap....lalala...

Sapa yang suka pedas tu...tambahlah lagi amaun cili padi...utk saya dan Boss Besar, tiga biji cili padi pun dah berasap telinga...

Hmmm...apa lagi...selamat mencuba!

Babai