Masak paling senang je...pagi tadi dah goreng nasik...utk lunch makan lambat sikit lah...saya plan nak lipat baju je hari ni...pasal tu lah masak yg mudah je...
Patutnya buat sambal telur je tapi bila selongkar fridge ada dua ketul sosej...hmmmm...campur aje lah dlm sambal telur ni...
Okay...jom tengok resepi ni...
Resepi Sambal Telur
Bahan
- 5 biji telur rebus
- 1 labu bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 biji tomato*
- 2 btg serai*
- 1/2 inci belacan*
- 5 biji cili merah*
- 2 batang sosej dihiris
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh kicap pekat
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- minyak secukupnya
Cara
- Kisar semua bahan bertanda*. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, goreng telur rebus sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan hirisan sosej. Gaul sebati.
- Kemudian,masukkan telur, sos ikan,sos cili dan kicap.
- Kacau sebati. Tambahkan sedikit air. Perisakan dgn garam dan gula.
- Masak sehingga kuah mendidih dan pekat.
- Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Sambal ni tak pedas sbb cuma guna cili merah je...kalau nak pedas tu, masa tumis..buleh lah tambah satu atau dua sudu besar cili kisar...
Saya bubuh gula jugak dlm sambal telur ni, utk dpt effect berkilat dan jugak nak bagi rasa manis-manis masin gitu...maklumlah yg nak makan kekanak kecil kan...cuma jgn lah pi bubuh banyak gula...nanti terus tak lalu makan sbb terlajak manis...kiranya ikut citarasa masing-masing lah...
Okaylah...kain baju dah memanggil2 mintak dilipat tu...hmmmm i nak pi lipat kain lah...
Babai
No comments:
Post a Comment