Hmmm..apa khabar blog? Sedikit sepi sejak kebelakangan ni...hahaha saya budget mcm lah ada ramai peminat nak baca blog ni...kehkehkeh...hari2 pun saya masak cuma masak yg paling simple je...jadi takdak modal resepi yg nak ditulis...
Tapi hari ni saya buat sandwich utk Boss Besar...alkisahnya Boss Besar nak control dietnya...malam dia takmau nasik...nak makan daun-daun aka salads je...dulu dia request nak makan selain dari nasik tapi kali ni dia takmau amik karbohidrat pun time dinner..adoyaiiii...maknanya saya kena masak dua benda lah...utk anak2 dan jugak Boss Besar...saya tak pikir yg anak2 saya akan makan dedaunan itu...
Sepatutnya malam ni, saya nak buat viatnamese spring rolls je tapi bila tgk bahan...tak cukup pulak...tak kuasa lah nak start enjin kereta pi kedai... akhirnya buat sandwich je...guna roti wholemeal...kita anggap makanan sihat jugaklah walaupun sapu jugak butter dan mayonis tu...hahaha...jadi lah utk dinner Boss Besar...
Jadi apa lagi...jom tengok resepinya
Resepi Victoria Sandwich
Bahan
- 1 bungkus kecil roti wholemeal
- 1 tin kecil sardin
- 2 biji carrot
- 2 biji timun
- 2 biji cili padi dicincang
- 1 labu bawang besar dicincang
- 1 sudu kecil perahan jus limau nipis
- garam secukup rasa
- sedikit butter dan mayonis
Cara
- Rebus carrot hingga empuk. Lecekkan hingga lumat. Ketepikan.
- Kupas kulit timun, buang empulur dan bijinya. Sagat hingga halus. Perah airnya. Ambil isi timun. Ketepikan.
- Ambil isi ikan sardin dan sedikit sosnya. Panaskan 2 minit dlm microwave. Lecek sardin hingga hancur. Tambahkan bawang besar,cili padi, jus limau nipis dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
- Sekarang, cara melapiskannya pula.
- Ambil sekeping roti, sapu rata mayonis. Letakkan pula timun yg telah disagat. Ambil sekeping lagi roti, sapu rata mayonis dan letakkan diatas roti yg pertama.
- Sapu rata butter dipermukaan atas roti kedua, kemudian ratakan sardin.
- Ambil roti ketiga, sapu butter dan letakkan atas roti kedua yg telah disapu sardin pada bahagian atasnya itu.
- Seterusnya, sapu mayonis pada permukaan atas roti ketiga, letakkan carrot yg telah dilecek, ambil roti keempat, sapu rata butter dan letakkan pada roti ketiga.
- Belah empat roti. Siap.
- Ulang langkah 5-8 sehingga semua bahan habis digunakan.
Explanation mcm berbelit-belitkan...
hahaha...sila guna daya imaginasi masing-masing ya...
hahaha...sila guna daya imaginasi masing-masing ya...
Sandwich yg dah siap boleh simpan fridge...makan sejuk2 pun sedap...
Selalunya kalau buat sandwich,kulitnya selalu dibuangkan tapi kalau tak buang kulit pun okay jugak...terpulanglah...apa pun sandwich ni sedap lah...hahaha
Okay...selamat mencuba!
Babai
Okay...selamat mencuba!
Babai
No comments:
Post a Comment