Thursday, 28 January 2016

Moi Ayam

As salam...

Pernah dengaq moi tak? Masa kecik-kecik mak saya selalu jugak masak moi ni...dan hari ni sbb si nombor lima dan Boss Besar demam, saya masak moi utk depa dan jugak utk yg lain...

Moi tu sebenarnya nama lain bagi bubur lambuk rasanya...kalau tgk teksturnya pun mmg mcm bubur lambuk...tapi versi yg saya masak ialah versi yg paling sempoi...maklumlah balik kerja terus masuk dapur...masak guna bahan yg ada je...tapi alhamdulillah habis jugak seperiuk...



Apa lagi...meh la tengok resepinya
Resepi Moi Ayam
Bahan
A
- 1 1/2 cawan beras
- 6 cawan air ( blh tambah lagi, ikut jenis beras)
- 1 keping dada ayam hiris nipis
- 1 inci halia
- 2 batang serai diketuk
- 1/2 cawan santan 
- 1/2 kiub pati ayam
- 5-6 biji lada hitam tumbuk kasar
- garam secukup rasa

B
- 1 sudu makan minyak sapi
- 5 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dicincang

C
- telur dadar dihiris nipis
- daun bawang dihiris kasar
- cili merah dihiris
- bawang goreng

Cara
  1. Basuh beras hingga bersih. Satukan semua bahan A kecuali santan dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga beras hancur dan lembik berkanji. Kacau sekali sekala utk elakkan hangit. Jika perlu tambahkan lagi air.
  2. Sementara tunggu nasi menjadi kanji, panaskan minyak sapi, goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Setelah nasi masak dan teksturnya lembik, masukkan santan. Kacau sebati. Biarkan mendidih sekejap sebelum dimasukkan bawang merah dan bawang putih yg digoreng. Masukkan juga satu sudu teh minyak sapi yg digunakan semasa menggoreng tadi.
  4. Perisakan dgn garam ikut citarasa.
  5. Kacau sebati. Tutup api.
  6. Untuk menghidang, masukkan moi ke dalam mangkuk dan taburkan dgn bahan C. Sedia utk dinikmati.
Moi ni sedap sbb bila bubuh santan, rasa berlemak gitu, lepas tu pulak, bawang yg digoreng dgn minyak sapi tu bagi aroma yg wangi kat moi ni...

Sebenarnya buleh ditambah carrot ataupun mixed vege...tapi sbb anak-anak saya susah nak makan sayur dan carrot yg depa suka pun takdak, jadi saya buat versi takdak sayur...hmmmm...kalau ada lobak asin pun sedap jugak...

Okaylah selamat mencuba ya...saya nak kena pi jaga orang demam pulak.. 

Babai

Saturday, 23 January 2016

Sotong Goreng Kunyit Berkuah

As salam...

Bila Boss Besar takmau makan nasik...saya jadi malas masak sbb selalunya kalau saya masak yg pelik-pelik, Boss Besar lah yg tolong perabih sambil bagi komen...

Anak2 makan macam biasa jugak tapi selalunya utk depa, saya akan masak lauk yg depa suka je...kekadang tu, ayam goreng pun dah cukup...

Utk hari ni, saya nak masak sotong, memandangkan saya malas kan...goreng kunyit aje lah...dah buat berkuah sikit sbb si nombor dua suka lauk yg berkuah...



Jadi jom tengok lauk yg simple ni...
Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah
Bahan
- 6 ekor sotong sederhana kecil dibersihkan dan dihiris
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1 hiris halia diketuk
- 1/2 biji tomato dihiris
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 biji bawang besar di hiris
- 2 biji kentang dihiris
- 1 sudu makan sos ikan
- 1/2 sudu teh sos tiram
- sedikit lada hitam tumbuk kasar
- sedikit daun bawang
- sedikit air
- garam dan gula secukup rasa
- serbuk kunyit secukupnya
- sedikit minyak

Cara
  1. Gaulkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada kentang. Goreng kentang hingga empuk. Ketepikan.
  2. Gaulkan sotong dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  3. Panaskan satu sudu makan minyak. Tumis bawang putih, halia dan tomato hingga naik bau.
  4. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Masak sehingga sotong kecut.
  5. Bila sotong mula mengecut, tambahkan sedikit air, ubi kentang, sos ikan, sos tiram, lada hitam dan garam serta  gula secukup rasa.
  6. Apabila semuanya sebati dan cukup rasa, masukkan pula daun bawang. Kacau sekejap. Tutup api.
  7. Siap.
Sotong ni tak buleh masak lama sangat nanti liat, jadi bila tengok sotong tu dah bertukar warna dan mengecut, masaklah sotong tu...tapi kalau sapa yg suka makan sotong yang agak keras dan liat, bulehlah masak lama sikit...

Bila bubuh tomato, kuah tu akan ada rasa masam2 sikit, jadi utk seimbangkan rasa, bubuhlah secubit gula...dan kalau suka kuah yg pedas, ketuklah dua tiga biji cili api dan masukkan dalam lauk ni...

Hmmm...nampaknya lauk yg simple ni lah yg paling menggamit selera...makan dgn nasik panas, sedapnya!

Jadi apa lagi, selamat memasak!

Babai

Friday, 22 January 2016

Bihun Goreng Singapore

As salam...

Menu apa pulak dinner kali ni?
Setelah menyelongkar apa yg ada...saya buat bihun goreng je...dan sebab saya malas nak blender cabai...saya buat versi singapore je...letak lada hitam je kan....

Resepi ni saya dpt dari mak sedara saya...dulu dia ada kedai makan kat tanjung tokong nun...anak mami...dlm resepi asal, mak sedara saya letak daging...saya guna ayam sbb daging tak dak stok...


Okaylah...takmau cerita panjang...ini resepinya...
Resepi Bihun Goreng Singapore
Bahan
- 1 bungkus bihun faiza- rendam hingga lembut
- 10 ulas bawang putih ditumbuk halus
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 5 ekor udang
- 3 ekor sotong dihiris
- 5 biji fishball belah dua
- 3 keping fishcake dihiris
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan cuka makan
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan garam bukit halagel (boleh kurang, tambah)
- 1/2 sudu makan lada hitam tumbuk kasar
- 1/2 sudu makan gula
- 1 biji tomato dihiris
- 1 mangkuk kecil cauliflower
- 1 batang carrot hiris memanjang
- sedikit kucai
- 2 1/2 cawan air
- minyak secukupnya

Cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam. Goreng hingga ayam kecut.
  2. Kemudian tambahkan air, fishball, fishcake,lada hitam, sos ikan,cuka dan sos tiram.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Tambahkan sotong dan udang. Kacau sebati.
  5. Perisakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan bihun yg telah direndam dan ditoskan tadi. Gaul sebati.
  7. Seterusnya, tambahkan carrot, cauliflower dan kucai. Kacau rata.
  8. Kecilkan api. Tutupkan kuali.
  9. Biarkan bihun empuk. Kacau sekali sekala supaya bihun tak hangit.
  10. Jika kurang masin, boleh ditambahkan sos ikan.
  11. Tutup api apabila bihun lembut dan masak sempurna.
Dah siap...utk sukatan garam tu, itu lah yg diberi oleh mak sedara saya tu, dia bagitau utk sebungkus bihun, kena guna satu sudu makan garam...cuma kekadang tu ada garam yg masin...ada garam yg kurang masin, jadi kena pandai adjust jugak...macam saya sukatan tu dah ngam-ngam rasa dia...dan utk bagi bihun tu nampak berkilat, bila bihun hampir masak, saya bubuh sikit minyak...sama jugak amaun air tu...dua cawan setengah air tu pun dah okay...tapi macam kes garam jugaklah, bihun pun ada banyak brand...jadi kena agak2 jugak...takut terlebih air, bihun lembik pulak...

Apapun...sebungkus bihun ni abis sekelip mata je...anak2 suka sbb tak pedas kan, lepas tu saya cuma bubuh sayur yg depa suka...carrot dan cauliflower...

Okaylah...selamat memasak ya!

Babai 

Thursday, 21 January 2016

Mushroom Soup

As salam...

Hohoho...menu dinner utk Boss Besar ialah sup cendawan...semalam Boss Besar ada beli roti yg keras tu...ala2 french loaf...apa yg sesuai nak dimakan dgn roti tu kan...hmmmm...awalnya saya rasa nak buat cicah dgn kopi je...senang kerja saya...lalala

Tapi bila selongkar dapur, ada satu tin button mushroom...apa lagi terus terpancar idea dlm kepala ni utk buat mushroom soup je...anak2 pun suka...lagipun mmg sekarang dok tengah clearkan stok bahan mentah, jadi jom clearkan satu tin mushroom ni...



Ini resepinya...
Resepi Mushroom Soup
Bahan
- 1 keping dada ayam hiris kecil
- 1 tin cendawan butang
- 500 ml susu segar
- 400 ml air
- 1 kiub pati ayam
- 1/2 sudu teh lada sulah tumbuk kasar
- 1 sudu besar butter
- 1/2 cawan tepung gandum
- sedikit oregano
- garam secukup rasa

Cara
  1. Basuh dan toskan cendawan butang. Hiris kecil.
  2. Isi ayam dibasuh bersih.
  3. Panaskan periuk. Cairkan butter. Masukkan tepung. Goreng sekejap.
  4. Kemudian, tambahkan susu, air,ayam dan cendawan. Renehkan sehingga mendidih dan ayam empuk.
  5. Kacau utk elakkan sup hangit di bahagian bawah periuk.
  6. Tutup api. Sejukkan sup sekejap sebelum dimasukkan ke dalam blender.
  7. Kisar halus. Tuang kembali sup yg telah dikisar ke dalam periuk. Tambahkan kiub pati ayam, lada hitam,oregano dan garam secukup rasa.
  8. Kalau kuah pekat, boleh ditambahkan sedikit air.
  9. Masak dgn api kecil sekejap lagi. Sekadar mendidih sekali.
  10. Tutup api. Sedia utk dihidangkan dgn roti.
Macam mana hasil kejadiannya? Si nombor tiga cakap lagi sedap dari pizza hut...si nombor satu pun setuju...saya? Owhhhh...saya bukan tekak omputih tapi sup ni sedap sbb pekat dan creamy...

Kalau takmau blender pun takpa, cuma kena cincang lah cendawan dgn ayam tu...mcm anak2 saya depa suka mushroom sup yg halus mcm ni...

Jadi siaplah dinner utk satu famili...utk Boss Besar, saya potong celery utk dicicah dgn sup ni...nak control diet kan...hahaha...

Okay lah...selamat mencuba!

Babai

Tuesday, 19 January 2016

Victoria Sandwich

As salam...

Hmmm..apa khabar blog? Sedikit sepi sejak kebelakangan ni...hahaha saya budget mcm lah ada ramai peminat nak baca blog ni...kehkehkeh...hari2 pun saya masak cuma masak yg paling simple je...jadi takdak modal resepi yg nak ditulis...

Tapi hari ni saya buat sandwich utk Boss Besar...alkisahnya Boss Besar nak control dietnya...malam dia takmau nasik...nak makan daun-daun aka salads je...dulu dia request nak makan selain dari nasik tapi kali ni dia takmau amik karbohidrat pun time dinner..adoyaiiii...maknanya saya kena masak dua benda lah...utk anak2 dan jugak Boss Besar...saya tak pikir yg anak2 saya akan makan dedaunan itu...

Sepatutnya malam ni, saya nak buat viatnamese spring rolls je tapi bila tgk bahan...tak cukup pulak...tak kuasa lah nak start enjin kereta pi kedai... akhirnya buat sandwich je...guna roti wholemeal...kita anggap makanan sihat jugaklah walaupun sapu jugak butter dan mayonis tu...hahaha...jadi lah utk dinner Boss Besar...


Jadi apa lagi...jom tengok resepinya
Resepi Victoria Sandwich
Bahan
- 1 bungkus kecil roti wholemeal
- 1 tin kecil sardin
- 2 biji carrot
- 2 biji timun
- 2 biji cili padi dicincang
- 1 labu bawang besar dicincang
- 1 sudu kecil perahan jus limau nipis
- garam secukup rasa
- sedikit butter dan mayonis

Cara
  1. Rebus carrot hingga empuk. Lecekkan hingga lumat. Ketepikan.
  2. Kupas kulit timun, buang empulur dan bijinya. Sagat hingga halus. Perah airnya. Ambil isi timun. Ketepikan.
  3. Ambil isi ikan sardin dan sedikit sosnya. Panaskan 2 minit dlm microwave. Lecek sardin hingga hancur. Tambahkan bawang besar,cili padi, jus limau nipis dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Sekarang, cara melapiskannya pula.
  5. Ambil sekeping roti, sapu rata mayonis. Letakkan pula timun yg telah disagat. Ambil sekeping lagi roti, sapu rata mayonis dan letakkan diatas roti yg pertama.
  6. Sapu rata butter dipermukaan atas roti kedua, kemudian ratakan sardin.
  7. Ambil roti ketiga, sapu butter dan letakkan atas roti kedua yg telah disapu sardin pada bahagian atasnya itu.
  8. Seterusnya, sapu mayonis pada permukaan atas roti ketiga, letakkan carrot yg telah dilecek, ambil roti keempat, sapu rata butter dan letakkan pada roti ketiga.
  9. Belah empat roti. Siap.
  10. Ulang langkah 5-8 sehingga semua bahan habis digunakan.
Explanation mcm berbelit-belitkan...
hahaha...sila guna daya imaginasi masing-masing ya...

Sandwich yg dah siap boleh simpan fridge...makan sejuk2 pun sedap...
Selalunya kalau buat sandwich,kulitnya selalu dibuangkan tapi kalau tak buang kulit pun okay jugak...terpulanglah...apa pun sandwich ni sedap lah...hahaha

Okay...selamat mencuba!

Babai





Wednesday, 13 January 2016

Kari Udang dgn Nenas

As salam...

Menu hari ni ikan goreng dgn kari udang je...sayurnya sekadar ulam timun...nak masak beria-ria pun malas...sbb masak utk dinner je kan...

Sekarang ni, bila pi amik si nombor empat dgn si nombor lima dari rumah pengasuh...dah tak buleh masuk rumah dulu...si nombor lima mesti ajak pi playground dulu...aishhh...kalau dipikirkan mmg letih...tapi bila kesian kat anak...bawak jugaklah...lepas tu jenuhlah nak memujuk balik rumah...

Masuk rumah pun dah pukul 7...keletang keletung masak sbb pukul 8 nak hantar si nombor satu tuition pulak...adeshhhhh...dan selalunya barang2 basah yg keras kejung berais tu saya dah letak dlm peti ais bahagian bawah sblm pi kerja...jadi masa nak masak tu, dah defrost lah...

Sekarang ni pulak, saya dlm misi nak clearkan peti ais...dan salah satunya nenas lah...sbb tu lah bila nak masak kari udang ni saya bubuh nenas..maka terhasillah kari udang nenas...


Jadi apa lagi...ini resepinya
Resepi Kari Udang dgn Nenas
Bahan
- 20 ekor udang dibersihkan.
- 3 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1 hiris halia*
- 1 peket kecil serbuk rempah kari udang adabi
- 1 kotak kecil santan
- 1 mangkuk kecil nenas
- 4 cawan air
- garam secukup rasa

Utk tumis
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1 pelepah daun kari
- minyak secukupnya

Cara

  1. Tumbuk bahan bertanda* hingga hancur. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari. Kacau dgn cepat supaya rempah tak hangit. Tambahkan satu cawan air dan bahan tumbuk tadi. Masak atas api sederhana sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian,tambahkan nenas, santan dan air. Masak hingga mendidih.
  5. Apabila kuah mendidih, masukkan udang. Gaul sebati.
  6. Tambahkan garam secukup rasa.
  7. Masak lagi sehingga kulit udang bertukar warna dan isinya pejal.
  8. Tutup api. Sedia utk dinikmati.
Kombinasi aroma udang dan nenas memang memikat hati...bila gigit nenas tu, terasa macam makan pajeri nenas pun ada...udang pulak juicy dan manis je...

Anak-anak pun suka...bertambah depa makan nasik...kalau dulu sblm saya cuti tanpa gaji tu, si nombor dua cuma suka makan telur je...tapi sekarang ni, alhamdulillah...dia dah suka makan ikan dan udang cuma sotong je belum masuk dlm list dia...sayur pun dah buleh makan sikit-sikit...okay lah tu daripada takmau makan langsung kan...

Okaylah ya...cubalah resepi ni! 

**Mata saya dah berat ni...nak tido lah....hikkkksss...

Babai

Sunday, 10 January 2016

Lala Masak Lemak Kuning

As salam...

Hari ni saya masak lala utk lunch...awal pagi tadi Boss Besar pi beli ikan kat Tanjung Karang...kali ni saya pesan tak payah beli banyak sangat sbb saya cuma masak utk dinner je...almaklumlah anak2 duduk rumah pengasuh dan cuma akan makan malam je kat rumah...saya pun bila dah kerja ni...lepas isyak tu dah tumbang...jenuh nak adjust balik lepas setahun cuti ni...aishhhh...

Wehhhh...panjangnya mukadimah...okay kali ni saya buat setengah kilo lala je...sbb yg makannya cuma saya dgn Boss Besar je...anak2 cuma makan kuah je...takpa...
hangpa makan kuah dgn ikan goreng je...nanti mak dgn bapak perabih lala tu...lalalala...

Resepi yg ringkas je, awalnya,saya bercadang nak rebus dgn serai je tapi bila pikir kesian pulak kat anak sebabnya depa cuma makan kuah je jadi kalau setakat rebus tu, takut depa takmau makan pulak...


Okaylah...ini resepinya
Resepi Lala Masak Lemak Kuning
Bahan
- 1/2 kilo lala-dibersihkan dan ditos.
- 3 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1 hiris halia*
- 1 batang serai*
- 1 biji cili merah*
- 1 biji cili padi*
- 1 hiris kunyit hidup*
- 1 kotak kecil santan Ayam Brand
- 2 cawan air
- 1 keping asam keping
- garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis

Cara

  1. Rendamkan lala. Kocak-kocakkan utk mengeluarkan lumpur. Toskan.
  2. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan asam keping. Kacau sebentar.
  4. Kemudian, masukkan santan, air dan lala. Masak hingga mendidih dan kulit lala menjadi oren kemerahan.
  5. Perisakan dgn garam. Kacau sebati.
  6. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Mudah dan ringkas kan...selalunya, kalau masak lauk pauk, saya guna santan kotak cap ayam tu...tapi kalau nak buat kuih muih pulak, saya guna cap KARA...tapi ikut jugak lah kadang2 tu...tengok stok yg ada kat dapur...

Dalam resepi ni, saya bubuh asam keping jugak sbb saya suka ada rasa masam-masam sikit...itu terpulang pada citarasa masing-masing lah ya...selalunya kalau saya masak tu, resepi tu sbg rujukan je...lepas tu ditokok tambah sikit utk kena dgn selera...

Macam yg dijangka...anak2 makan kuah je...saya dgn Boss Besar je yg dok perabih lala...Alhamdulillah...kenyang!

Babai


Wednesday, 6 January 2016

Kastard Jagung

As salam...

Hmmmm...nak tulih jugak blog ni walaupun hidup dah sibuk...kiranya bila tulih blog ni mcm buleh release stress lah...iya ka? Wakakaka...

Kastard jagung ni saya buat time cuti hari tu...asyik lupa nak masuk dlm blog...tadi...bila dok tgk gallery, ada gambar kastard jagung ni...apa lagi...meh masukkan dlm blog...hati kecil berkata2...chehhhhh...

Kastad jagung mmg feveret saya...hmmm..saya suka makan puding, agar2 dan kuih yg manis...berlawan dgn Boss Besar yg tak suka kuih manis...takpelah...ala2 melengkapi satu sama lain...u takmau makan...i makan sorang...



Takmau cerita panjang...okay...ni resepinya...
Resepi Kastard Jagung
Bahan
- 1 tin jagung ala krim
- 3/4 cawan gula
- 1 cawan tepung kastard
- 3 cawan santan
- 1/2 sudu teh garam

Cara
  1. Satukan semua bahan. Kacau hingga tepung larut.
  2. Masak diatas api sederhana sehingga likat dan berkilat. Adunan perlu sentiasa dikacau supaya masak sekata dan tidak hangit.y
  3. Tutup api apabila letupan-letupan kecil terbentuk.
  4. Pindahkan adunam ke dalam acuan yg sesuai. Ratakan dan kemudian hentakkan sedikit acuan supaya adunan rata dan padat.
  5. Sejukkan dan potong dgn pisau plastik utk potongan yang licin dan cantik.
Wahhh...sedapnya makan kastard jagung yg sejuk dan lemak2 ni...tambah sedap bila pi gigit jagung...

Lepas tuang kastard ni dlm acuan,  si nombor lima lah yg dok tolong perabih balance yg ada kat periuk tu...baguih2...tak membazir...

Saya pikir ini resepi yg mudah dan sedap...kalau ada tetamu mai rumah...bulehlah masak kastard jagung ni sbg dessert...

Okay lah ya...selamat mencuba!

Babai

Monday, 4 January 2016

Hari Pertama...adoiiiii...

As salam...

Hari pertama sekolah bukak ni kelam kabut sikit...mcm2 hal...pengasuh call van tak dtg amik anak lah...van silap antar anak balik ke rumah lah...

si nombor lima mengamuk2 seharian sbb tak mau duduk rumah pengasuh.... owhhhh...macam2 drama ada kali ni...urut dada je bila dengar hp bunyi...mesti ada yg tak kena tu...hahaha...sementara nak adjust dan susun balik jadual...hadaplah dgn insiden2 ni...

Hari pertama bukak sekolah, mlm tu saya terus demam dan sakit kepala yg extreme...adoiiii...saya pikir mesti bp naik...badan terkejut kot sbb dah setahun relax...kehkekeh...


Kalau dulu, saya bangun utk buat breakfast anak pukul 6.30am...sekarang 6.30 dah kena keluar rumah...jadi pukul 5 dah kena bangun utk buat breakfast dan masak satu lauk lunch utk si nombor satu...takpa lah...alah bisa tegal biasa...


Dan nampaknya enjin memasak ni tak panas lagi...sekadar masak yg simple2...utk hari ni breakfastnya egg sandwich dan lauk lunch, ayam masak kicap...nak tangkap gambar pun takdan...terkejar2 masa...hahaha...



Tunggu van tapi van tak mai...nasib Boss Besar cuti...
Apapun...semoga hari esok akan lebih okay drpd hari ni...

Babai

Sunday, 3 January 2016

Sibuk!

As salam...

Esok sekolah nak bukak, baru saya kelam kabut prepare brg2 anak sekolah...

Sebelum ni saya dok sibuk balut buku...mula2 nak ajar si nombor satu balut buku...tapi tengok dia buat mcm lambat je...saya yg take over...jadi satu hari tu mmg kerja membalut buku je...alhamdulillah selesai...

Dah settle satu bab...hari ni kita pi bab lain pulak...alter baju sekolah...baju si nombor satu takdak masalah...yg haru baju si nombor dua...maklumlah budak comel yg rendah...seluarnya kena potong kat kaki...lepas tu utk baju sekolah agama, kena kerat kat tangan...
Si nombor tiga pulak cuma kena alter tangan baju je...

Jadi mesin jahit berkhidmat semula lepas dah berbulan2 bertapa dlm stor...alhamdulillah...selesai jugak...


Tukang jahit in the house yo!
Lepas tu, nak jahit lencana dgn name tag...tahun2 sblm ni, mak depa ni gigihlah menjahit...tapi tahun ni,terima kasihlah mak2 yg hebat kat luar sana tu...bagi idea guna gam UHU je...saya guna method tu je...menjadi...cuma harapnya kalau basuh tu tak tercabut lah nametag dgn batch tu...hikkkkssss....

Hmmmm...lega...cuma lepas ni nak basuh dan iron je...owhhhh....nak kena confirm balik dgn driver van dan jugak pengasuh....almaklumlah dah setahun anak2 saya tak naik van dan pi rumah pengasuh...takut satgi depa lupa walaupun minggu lepas dah bagitau.... tak pasal2 mengelupoq saya dan boss besar di hari pertama sekolah esok....hahahaha

Owhhhh...itu je cerita hari ni...

Babai

Friday, 1 January 2016

Hai 2016!

As salam...
Cepat betul masa berjalan kan...dah abih pun tahun 2015...dan saya pun dah mula kerja since Dec hari tu...ngehngehngeh...

Rasanya lepas ni blog ni pun jarang2 lah buleh update...sbb rasanya nak masak pun tak sempat...yg simple2 mungkin kot...kalau nak masak yg ganas2...kena tunggu hari cuti lah...

Apa harapan saya utk tahun ni?Hmmmm...moga tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelumnya...insya Allah...

*
*
*
*
*
*


Babai