Saturday, 19 September 2015

Roti Sosej Gulung

As salam...

Hari ni cuti sekolah dah mula...bukan budak2 je yg tunggu cuti ni...mak depa ni pun sama....hepi pasai tak payah iron baju sekolah depa...tak payah terkejaq-kejaq antar dgn amik depa pi balik sekolah...satu minggu yg bahagia....hahaha...

Utk makan pagi ni...saya buat roti sosej...nak perabih stok roti gardenia sblm expired...

Ini resepi yg ringkas...cukup sekadar utk alas perut je...rakyat kat rumah ni kan jenis makan nasik...lunch satgi...kita pi makan kat luar lah...bila lagi nak gantung periuk kan!


Okaylah...jom tengok resepi yg super simple ni...
Resepi Roti Sosej Gulung
Bahan
- 10 keping roti gardenia -buang kulit tepi
- 10 biji sosej direbus sebentar
- 1 biji telur 
- serbuk roti secukupnya
- minyak utk menggoreng
- sedikit garam

Cara
  1. Canaikan roti hingga leper. Ketepikan.
  2. Pecahkan telur. Tambah sedikit garam. Pukul sebati.
  3. Ambil sosej, gulungkan dgn roti. Celupkan di dalam telur. Kemudian salutkan dgn serbuk roti.
  4. Panaskan minyak, goreng hingga warnanya bertukar kepada kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  5. Sedia utk dihidangkan.
**kita canai roti tu utk elakkan roti menyerap minyak ketika di goreng.

Hmmmm...dah siap...selain sosej, boleh jugak digantikan dgn inti sardin atau pun kentang...

Resepi yg senang ni sesuai utk budak-budak....10 biji roti gulung ni sekejap je depa makan...

Apa lagi...jom buat roti gulung!

Babai

No comments:

Post a Comment