Monday, 14 September 2015

Mee Kuah Udang Besaq

As salam...

Masih lagi cerita udang...hari ni masak mee utk dinner...dan saya masak mee kuah udang...

Lunch tadi...buat sayur dgn goreng ikan je...itupun habis...hahaha...depa ni makan mmg lalu sungguh...

Mula2 bercadang nak buat macam mee udang sg dua tu...tapi lepas tu tukaq jadi mee kuah je lah sbb saya bubuh keledek dan kuah mee tu jadi pekat...

Untuk air rebusan udang tu...saya guna udang kecik, saya ambil kulit dan kepala udang utk direbus, isi udang tu saya simpan balik dlm freezer...masak lain kali pulak...

Sbb apa saya tak guna kulit dan kepala udang besar tu...hiiiii....sbb saya nak biaq dia sekoq-sekoq dan nampak cantik bila hidang...adoiiii...buleh jugak perangai mcm tu kannnnn!


Apa pun...ini resepinya...
Resepi Mee Kuah Udang Besar
Bahan
- 2 bungkus mee di celur
- 1/2 kilo udang kertas saiz besar
- 1/2 kilo udang kecik- ambil kulit dan kepalanya sahaja utk buat air rebusan(isi guna lain kali)
- 5 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 hiris halia*
- 3 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 1 kiub pati tomyam
- 2 biji kentang
- 2 biji keledek
- sedikit minyak utk menumis
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa

Hiasan
- sayur pak choy dicelur, telur rebus, bawang goreng, daun bawang, cili hiris, limau nipis

Cara

  1. Kupas kulit keledek dan kentang. Rebus hingga empuk. Kemudian kisar halus. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan bertanda * hingga halus. Ketepikan
  3. Panaskan dua sudu minyak masak, goreng kulit dan kepala udang hingga bertukar warna. Masukkan satu setengah liter air. Rebus hingga mendidih. Kemudian kisar air rebusan bersama kulit dan kepala udang. Tapis dan ketepikan air rebusan.
  4. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yg telah dikisar. Tambahkan cili kisar. Goreng hingga garing.
  5. Masukkan air rebusan udang dan juga puree ubi. 
  6. Tambahkan kiub tomyam, sos tomato dan sos cili.
  7. Masak hingga mendidih.
  8. Kemudian perisakan dgn gula dan garam mengikut citarasa. Kalau pekat, tambahkan sedikit lagi air.
  9. Akhir sekali, barulah dimasukkan udang besar. Masak sekejap sahaja.
  10. Tutup api sebaik sahaja udang bertukar warna supaya udang kekal juicy dan tak keras.
  11. Kuah mee siap!
Jadi masa nak makan tu,apa lagi letak mee dalam mangkuk, susun semua hiasan curahkan kuah...dan makan...


Ini komen yg saya dapat :

1. Boss Besar : 
"Kuah pekat sangatlah...tak rasa macam mee udang sg dua pun! Tapi sedap...buleh makan."..("Boss...ini mee kuah lah") 

2. Si nombor satu : 
"Mak...walaupun saya tak suka makan mee...tapi mee ni saya suka lah"...

3. Si nombor dua : "Owhhhh...sedapnya...esok boleh tak saya bawak bekal mee kuah ni pi sekolah" (dia makan hampir sebungkus mee)

4. Si nombor tiga: 
"Saya rasa mee ni sedaplah bila letak kicap!"

5. Si nombor empat : 
No komen...dia cuma mkn mee saja

6. Si nombor lima : 
"Dappp...dapppp."..angguk kepala..

Akhir sekali mak depa aka tukang masak : 
"Sapa komplen...mak takmau masak dah lepas ni!" Hahaha

Overall...mee ni sedap..habis dua bungkus mee, kuah mee pun habis...nampaknya buleh buat lagi lain kali ni...lalalala...saya gembira!

Babai

No comments:

Post a Comment