Pi mana hujung minggu ni?...kami tak pi mana-mana pun...boss besar ada lawan tennis kat Bangi...awal-awal pagi tadi dah pi...
Esok...anak-anak ada exam sekolah agama...so saya kerah depa baca buku lah...
hmmm..ada la alasan tak bawak depa keluaq hari ni...
Hari ni...saya cuma masak nasik goreng je...bukannya apa...bahan mentah dah abis...minggu lepas...masa pi pasar tani...ikan pun tak berapa nak elok...jadi saya tak beli lah...minggu ni...saya cuma dok perabih stok yg ada dlm peti ais je...
Boleh ja tadi nak pi pasar tani...tapi rasa malas pulak...hahaha...kesian kat anak2...makan nasik goreng je...
Boss besar balik tadi...tersenyum-senyum..dia dapat nombor tiga...
sambil tu...dia tapau kat kami...mee tarik..dia beli kat kedai area Danau Kota...oklah rasa mee tarik tu...mee tu takde rasa air abu...dan kuah mee pun simple je...pekat dan ada rasa halia...bahan-bahan pun nampak simple..hirisan nipis daging, bawang besar,halia,tomato dan cili capscicum...then ada rasa lada hitam...boleh cuba nanti...kalau jadi...boleh buat satu entry pasal mee tarik pulak...hihihi...
Minum petang...saya buat kuih lapis ni...si nombor empat...citarasa dia macam orang tua-tua..dia suka makan kuih lapis...tapi nak bagi menarik...kita tambah warna lagi...si nombor tiga dgn si nombor empat yang dok tolong saya kat dapur...depa nak kaler purple...ishhh....takdak pulak dalam stok ni...tapi si nombor tiga cakap..takpa mak...tambah kaler merah dgn biru..nanti jadi purple..jadi saya ikut cakap si nombor tiga..dapatlah kaler purple tu...ohhhh...mak lupa lah...dulu-dulu pun ada belajar pasal kaler ni kan...kaler asas dengan warna sekunder...betui ka?
Ehhhh...panjang pulak ceritanya...mana pulak resepi kuih lapisnya?
Resepi Kuih Lapis
Bahan
- 240g tepung beras
- 120g tepung gandum
- 200 ml santan (guna santan kotak kecil)
- 1 liter air
- 240 g gula castor
- 1 sudu teh garam
- sedikit pewarna purple, hijau,merah,pink
Cara
- Panaskan pengukus.
- Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar hingga sebati. Jika blender terlalu penuh, masukkan separuh air dulu.
- Kemudian, tuangkan adunan ke dalam mangkuk. Masukkan baki air jika ada. Gaul sebati.
- Bahagikan adunan kepada empat bahagian. Masukkan pewarna untuk setiap bahagian dan gaul rata.
- Memandangkan saya ada banyak mangkuk polisterin kecil, saya bahagikan kepada 12 bahagian dan letak pewarna supaya saya dapat lapisan yang seragam.
- Letak satu lapisan warna ke dalam loyang bersaiz 8 inci. Kukus lima minit. Kemudian masukkan lapisan kedua. Ulang langkah enam(6) sehingga semua adunan habis.
- Apabila semua lapisan habis, kukus lagi lebih kurang 10 minit.
- Tutup api dan sejukkan sebelum dipotong. Guna pisau plastik untuk potongan yang licin.
*** balut tudung periuk dengan kain untuk elakkan wap air menitik ke atas permukaan kuih.
Selamat mencuba!
Babai
No comments:
Post a Comment