Hari ni saya ada misi....kemas umah...ishhh...dah rasa berdebu dan melekit-lekit lantai ni...dulu saya panggil part time maid...RM 80 untuk 2 jam...tapi kalau depa kemas umah saya...mesti lebih daripada dua jam...kena bayar extra lah...pekerja dia indon...bila tanya depa kata depa dibayar ikut jam...RM5 per hour...nampaknya tokey cina tu memang pandai lah...amik untung atas angin je...iyalah...dia upah indon tu ikut jam...sabun dan perkakas tuan rumah yang sediakan...tokey cina tu cuma mai hantar dan amik depa kat umah je...
Kali pertama je bersih betul...lepas tu...biasa-biasa je...la ni bila tak keja...tak kan nak panggil org cuci rumah kot...diri sendiri takdak gaji...ada hati nak amik orang cuci rumah...hahahaha...jadi mak anak lima...sila guna tulang empat kerat anda ya...
Jadi...kena masak yg sempoi je...lepas antar anak sekolah...saya start masak...pukul sepuluh...dah siap...lepas tu pi amik anak kat skolah agama plak...bagi depa makan...sambil-sambil tu saya dah tuang clorox kat bilik air...nanti lepas antar depa sekolah...saya akan menyental jamban...hahahaa
Resepi ni sangat simple...sesuai kalau nak cepat...rasa dia sedap ikut penilaian si nombor satu...hahahaha..dia tolak batu dengan kayu je...resepi ni saya tujukan khas pada remaja-remaja yang baru berjinak-jinak nak masak...kalau tak sedap...jawab saja macam ni ya!
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar
Resepi sedap tolong ajarkan
Resepi Nasi Ayam Sempoi
Bahan
Untuk Air Rebusan Ayam
- 1 ekor ayam dipotong kecil, basuh bersih
- 5 cawan air
- 1 inci halia diketuk
- 5 ulas bawang putih diketuk
Cara
Cara
- Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Rebus hingga mendidih.
- Tutup api.
- Keluarkan isi ayam- toskan - akan digoreng nanti.
- Air rebusan ayam dibahagikan dua...1 bahagian untuk nasi dan 1 bahagian lagi untuk sup.
Untuk Nasi
- 4 cawan beras, basuh bersih dan ditoskan
- Air rebusan ayam + air secukupnya
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu besar minyak masak
- 2 helai daun pandan disimpul
- garam secukup rasa
Cara
- Panaskan periuk rice cooker, masukkan marjerin dan minyak.
- Tumiskan daun pandan hingga wangi, masukkan pula sos tiram. Kacau rata.
- Kemudian masukkan beras yang telah dibasuh bersih.
- Goreng sekejap. Tambahkan air dan air rebusan ayam secukupnya ( bergantung kepada jenis beras, sukatan air macam kita masak nasik biasa)
- Tambah garam secukup rasa.
- Pindahkan periuk ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa
Untuk sup
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1/2 inci halia*
- 1 ketul kiub pati ayam
- sedikit daun bawang,daun sup dan bawang goreng
Cara
- Tumbuk bahan bertanda *.
- Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk. Tambahkan bahan tumbuk dan kiub pati ayam. Masak hingga mendidih
- Kalau nak kuah banyak,tambahkan lagi air. Perisakan dgn garam jika perlu.
- Tutup api. Semasa menghidang taburkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng.
Untuk Ayam
- 3 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan madu
- garam secukupnya
Cara
- Gaulkan semua bahan.
- Perap 15 minit
- Goreng sekejap,sekadar untuk garingkan bahagian luar sahaja.
Untuk Sos Kicap
- Ambil baki perapan ayam dan masukkan dua sudu makan minyak panas menggoreng ayam tadi.
Untuk Sos Cili
- 5 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 sudu makan cuka
- 2 sudu makan sos cili
- garam dan gula secukupnya
Cara
- Kisar cili merah dan bawang putih. Masukkan kedalam periuk.
- Tambahkan cuka,sos cili,gula dan garam. Masukkan sedikit air
- Masak hingga mendidih dan cukup rasa masam,manis dan masinnya.
- Tutup api.
Hiasan sampingan
Salad,hirisan timun dan tomato
Dah siap...boleh lah dimakan...kalau tengok macam banyak je step nak masak nasi ayam ni...janganlah risau...mudah je sebenarnya...
Adik-adik manis...cubalah resepi ni ya!
Babai
No comments:
Post a Comment