Ingat tak saya ada stok cencaluk yg dibeli masa saya pi melaka bulan lepas....hahaha...saya budget blog ni macam ada follower je...pasal tu tanya soalan...ahakkkksss...
Untuk dinner, saya malas nak masak lauk pauk, rakyat jelata request nasik goreng...yayyyy...mak suka...senang kerja...tapi lepas tu mula pening kapla pulak...nak goreng nasik versi apa ya?
Dan tiba-tiba teringat cencalok sotong yg dah lama dok tersimpan dalam fridge tu...jom bereksperimen...dan ini hasilnya...
Macam mana? Nak cuba tak resepi ni...jom tengok resepinya pulak...
Resepi Nasi Goreng Cencalok Sotong
Bahan
- 5 cawan nasi sejuk
- 3 ulas bawang putih*
- 1 ulas cili merah* (kalau nak pedas, gantikan dengan beberapa biji cili padi)
- 1 genggam ikan bilis*
- 1/2 cawan cencalok sotong, di toskan
- 2 biji telur dikocok
- 2 sudu makan kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos ikan
- 1/2 batang carrot di hiris memanjang
- sedikit minyak untuk menumis
Cara
- Tumbuk semua bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cencalok sotong. Goreng hingga garing.
- Kemudian, masukkan telur. Biarkan telur keras sedikit sebelum dikacau rata.
- Tambahkan carrot, sos ikan dan kicap. Gaul sebati.
- Apabila carrot setengah masak, masukkan nasi. Gaul sebati. Perasakan dengan garam(jika perlu kerana cencaluk dan sos ikan dah masin)
- Tutup api apabila carrot empuk dan nasi goreng secukup rasa.
- Sedia untuk dihidangkan.
Macam mana respon rakyat jelata...abihlah nasik goreng seperiuk...anak-anak suka nasik goreng cencalok ni...hmmmm...bolehlah dibuat menu bersahur bulan posa nanti...
Selamat memasak ya!
Babai
No comments:
Post a Comment