Monday, 2 November 2015

Tepung Pelita

As salam...

Tepung pelita ni kuih feveret anak2 saya...kalau beli kat pasar mlm dua belas ketul...si nombor empat je buleh makan sampai 6 ketul...adoyaiii..kesian kat yg lain kan...hahaha...

Saya selalu jugak  buat kuih pelita ni tapi selalunya bubuh dlm bekas plastik dadih tu...anak2 makan tapi depa kata tak sama mcm dlm daun pisang...owhhh saya bagitau yg mak depa ni tak pandai lah nak buat sampan daun pisang tu...pasal tu mak bubuh dlm bekas plastik je...

Kebetulan saya ada beli daun pisang...buleh lah cuba buat sampan daun pisang tu...study ikut youtube dan akhirnya berjaya buat sampan daun pisang walaupun saiz sampan berbeza2...hmmmm...janji ada rupa...



Ini resepinya...kalau nak tengok cara lipat sampan tu...rujuk youtube aje...
Resepi Tepung Pelita
Bahan
- gula pasir secukupnya
- acuan sampan daun pisang

Bahagian hijau
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan air
- 2 cawan air pandan
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu besar air kapur
- sedikit pewarna hijau

Bahagian putih
- 10 sudu besar tepung beras
- 5 cawan santan
- 1 sudu teh garam

Cara
  1. Panaskan kukusan.
  2. Isikan sampan daun pisang dengan satu sudu teh gula. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan bahagian hijau. Masak sehingga likat dan berkilat.
  4. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan sampan daun pisang yg telah diisi dgn gula. Ketepikan.
  5. Kemudian, satukan semua bahan bahagian putih, kacau hingga tepung larut. Masak sehingga pekat dan likat.
  6. Ambil satu sudu makan adunan putih dan masukkan ke atas adunan hijau. Buat sehingga habis.
  7. Seterusnya, masukkan sampan daun pisang yg telah diisi  itu ke dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
  8. Angkat dan keluarkan dari pengukus.
  9. Biarkan sejuk sblm dihidangkan.
Sangat senangkan...masaknya pun sekejap je...cuma masa nak masukkan adunan ke dlm sampan daun pisang tu kena buat dgn cepat sbb nanti adunan tu membeku pulak...dan untuk satu adunan tu dpt lebih kurang 50 biji kuih pelita. Ini bergantung pada saiz acuan sampan tu lah ya...puas anak2 saya makan...si nombor empat pun makan banyak...berbaloi2 bila buat sendiri ni kan...


Memandangkan saya dah reti buat acuan sampan tu...nanti kerap lah ada tepung pelita in da house yo!

Babai


No comments:

Post a Comment