Sunday, 9 July 2017

Miang Kham

Assalam,

Selesai dah makan-makan utk jiran dan jugak geng surau...saya masak nasi kerabu dgn bihun sup utara....Selain tu saya buat Miang Kham jugak...Kebetulan kat tempat kerja saya, ada banyak pokok kaduk yang segar bugar...

Kali pertama saya makan Miang Kham ni, sepuluh tahun lepas..hmmm sedap...tak sangka daun kaduk boleh dimakan mcm sirih...kombinasi pedas,manis,crunchy amat perfect sekali...

Apa lagi, mai kita cuba buat untuk dijamu pada tetamu yg mai..saya google resepi, bahan asasnya sama je...yang berbeza resepi ialah sos/kuahnya...ada banyak version...dan saya adjust sikit resepi tu, kalau org thai tgk resepi ni mesti depa mengamuk kannnn..

Ini resepi miang kham saya, dan tak sangka dapat sambutan masa dihidangkan...Boss Besar pun terkejut, sbb awalnya dia kata mesti tak laku miang kham saya ni...huhuhu...tapi abis licin jugak..



Apa lagi, ini resepinya
Resepi Miang Kham

Bahan Sos
- 2 sudu besar palm sugar ( gula somtam kaler kuning)
- 1/2 keping gula nise
- 1/4 cawan air
- 1/4 cawan udang kering yg telah disangai*
- 1/4 cawan kacang tanah goreng*
-1/4 cawan kelapa parut digoreng*

Cara
  1. Kisar halus semua bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan gula nise, palm sugar dan air. Masak sehingga gula larut. Masukkan bahan kisar. Gaul sebati.
  3. Jika kuah terlalu pekat, boleh ditambahkan sedikit lagi air.
  4. Tambahkan sedikit kicap untuk berikan warna gelap pada sos itu. (optional)
  5. masak sehingga mendidih dan sebati. Tutup api.
Bahan inti
- Daun kaduk secukupnya - basuh bersih dan toskan
- limau nipis dipotong kecil dengan kulit
- isi kelapa yang disangai
- udang kering digoreng tanpa minyak
- halia muda dipotong dadu
- bawang besar dipotong dadu
- cili padi dihiris kasar
- kacang tanah goreng

Cara makan...
  1. Ambil sehelai daun kaduk, letakkan semua bahan inti, letakkan sos.
  2. Lipat dan makan. Nyummmm...

Senang kannnn....dan kita boleh siapkan sos miang kham ni awal-awal dan simpan dalam peti ais, bahan inti pun boleh disiapkan awal jugak...kalau ada orang mai umah, petik daun kaduk dan bolehlah dihidangkan miang kham ini...tapi rumah saya belum ada pokok kaduk lagi...nampaknya saya kena ambil keratan batang kaduk di tempat kerja saya dan kena tanam kat rumah jugak...

Dan apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Thursday, 6 July 2017

Lamanya....

As salam...

Dah lama saya tak jenguk blog ni...hari ni tergerak hati pulak nak jenguk dan tulih entry...hmmm apa perkembangan terbaru ya....saya sudak gemokkkkk...berat badan dah naik dekat 20kg...hmmm taktau lah apa yang saya makan...Boss Besar pun heran sbb bila dah masuk kerja, berat badan naik padahal mesti lah lagi kurus sbb stress byk kerja nak buat...jawapan saya...bila stress saya makan...pasal tu lah badan membesar bagai johan..

aktiviti masak memasak macam biasa..banyak gak resepi baru yg saya cuba...mungkin lepas ni saya bleh tulih entry resepi lagi...kot2 ada waktu free..

esok malam, geng surau nak mai raya rumah saya...menu dah dipikirkan cuma taktaulah terlaksana ke tak nak masak tu...hahaha...
*
*
*
*

  si nombor dua versi org tua!

                                        
okaylah...babai!