Wednesday, 23 December 2015

Ayam Sambal Bali

As salam...

Rata2 ramai yg dah cuba resepi ni...semua bagi feedback sedap...resepi ni saya amik kat fb MAHN...tq tuan punya resepi...

Ishhhh...saya tak buleh betul dengar perkataan sedap ni...aiyayaya...mesti nak try...bila tengok resepinya pun ringkas...takdak lah guna bahan yg gegar vaganza...tapi biasalah...ada jugak derhaka kat resepi...cabai kering abih pulak jadi saya pakai serbuk cili faiza je...nasib sedap jugak...


Jadi jom masuk dapur
Resepi Ayam Sambal Bali
Bahan
- 1 ekor ayam potong kecil
- 7 batang serai diketuk
- 6 pelepah daun kari
- 3 sudu makan serbuk cili faiza bancuh dgn sedikit air
- 5 ulas bawang putih*
- 2 biji bawang besar*
- 1 hiris halia*
- 3 sudu makan kicap lemak manis
- sedikit serbuk kunyit
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak secukupnya

Cara

  1. Ayam dibasuh bersih. Gaulkan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yg bertanda* hingga lumat. Ketepikan.
  4. Panaskan satu senduk minyak menggoreng ayam tadi. Tumis serai dgn daun kari hingga wangi.
  5. Masukkan serbuk cili yg telah dibancuhkan dgn air. Goreng hingga pecah minyak. Tambahkan bahan kisar.
  6. Masak hingga garing. Masukkan ayam. Gaul sekata.
  7. Perisakan dgn garam dan gula.
  8. Tambahkan kicap. Masak sehingga ayam masak sempurna.
  9. Tutup api. Sedia utk dinikmati.
Betul lah seperti apa yg dikata...lauk ni ringkas dan sedap...aroma daun kari dan serai tu yg paling menggoda...

Kuahnya melekat pada ayam dan anak2 saya suka bahagian ayam yg bertulang, dari sekor ayam tu, depa tinggalkan semua bahagian dada...jadi next time kena hiris nipis2 bahagian isi tu bila nak masak resepi ni...

Dalam kepala dah terbayang nak masak lauk ni utk dimakan dgn nasik tomato, dalca dan jelatah...hmmmm sapa nak mai rumah saya...angkat tangan...bulehlah saya jamu dgn menu diatas...lalala...

Okaylah...selamat mencuba!

Babai

Monday, 21 December 2015

Sambal Totok

As salam...

Kadang-kadang bila masak yg simple2 tu lah yg akan bangkitkan selera...
Antara lauk yg sedap dimakan dgn nasik panas ialah sambal totok ni lah...

Saya rasa utk dptkan rasa sambal totok yg marvelous, belacan dan ikan bilis tu mestilah yg power punya...kali ni saya guna belacan dari miri dan ikan bilis pulau pangkor...dan depa bertemu kat shah alam....hahaha...



Okay, takmau cerita panjang, ini resepinya
Resepi Sambal Totok
Bahan
- 1 genggam ikan bilis di goreng garing
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1/2 inci belacan
- 3 biji cili padi
- 4 biji cili merah
- sedikit perahan air limau kasturi
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak

Cara
  1. Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang putih, bawang merah dan belacan hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian, goreng cili merah dan cili padi hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  3. Satukan bawang, belacan dan cili. Tumbuk hingga lumat. Masukkan ikan bilis yg telah digoreng. Tumbuk kasar sekadar utk sebatikan ikan bilis dgn cili.
  4. Tambahkan air limau kasturi. Perisakan dgn garam dan gula.
  5. Gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Wahhhhh...memang sedap...makan nasik pun bertambah-tambah...kombinasi rasa pedas,masam,manis,masin dan rangup ikan bilis tu mmg perghhhh...sapa yg sukakan rasa pedas melampau tu bulehlah gandakan lagi amaun cili padi ni...version saya kali ni...pedas2 manja gitu...

Lepas ni bulehlah dibuat lagi sambal totok ni, mungkin buleh bubuh petai pulak...mesti rasanya lagi meletopppp...

Okaylah...selamat mencuba ya!

Babai

Saturday, 19 December 2015

Kuih Cara Manis

As salam...

Pagi ni saya buat kuih cara...kalau ikut rakyat rumah ni, selalunya mmg kami terus makan nasik tak kisahlah nasik lemak, nasik kerabu ataupun nasik berlauk...

Tapi kalau mak ayah saya, selalunya akan makan kuih muih dulu...masa mula2 kawin, terkejut jugak bila makan pagi kat kelate terus makan nasik...tapi sekarang ni nampaknya anak2 saya dah biasa pulak makan nasik waktu pagi...

Saya dah pernah tulih entry resepi kuih cara ni...cuma kali ni saya kurangkan telur dan alhamdulillah hasilnya masih lagi meletopppp...


Okay...meh tengok resepinya...
Resepi Kuih Cara Manis
Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 3 cawan santan
- 6 helai daun pandan
- gula pasir secukupnya
- sedikit minyak utk dioles pada acuan

Cara
  1. Kisar santan dan daun pandan. Tapis untuk asingkan hampas daun pandan.
  2. Masukkan campuran santan dan pandan ke dalam blender. Kemudian tambahkan telur, tepung gandum dan garam. Blend hingga sebati.
  3. Rehatkan sebentar adunan tepung tadi.
  4. Panaskan acuan, oleskan sedikit minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tambahkan 1/4 sudu gula ke dlm adunan. 
  5. Tutupkan acuan dgn tudung periuk. Gunakan api sederhana supaya kuih tak hangit.  Biarkan hingga kuih masak. (Kuih masak apabila permukaan kuih tidak melekat dan warnanya sedikit pudar)
  6. Keluarkan kuih dari acuan.
  7. Sedia utk dinikmati.
Mula2 saya risau jugak, kalau kurangkan telur, kuih tu melekat kat acuan...tapi nampaknya okay je...

Boss Besar cakap manis, iyalah...dah namanya pun kuih cara manis, mestilah maniskan...jadi dia cuma makan dua ketul je...

Tapi anak2 saya suka kuih cara ni...satu satu masuk dlm mulut...seronok pulak bila tengok depa lalu makan...ayah saya pun makan tiga ketul...

Okaylah...apa lagi, selamat mencuba!

Babai

Friday, 18 December 2015

Keledek Ungu Goreng

As salam...

Bila petang, mulut mesti nak mengunyah tambah lagi sekarang ayah saya ada kat rumah...dah 11 tahun kena strok, lumpuh sblh badan dan tak buleh bercakap...jadi petang2 saya akan buat apa2 kuih utk ayah saya minum petang...selalunya dlm pukul 6 tu ayah saya akan duduk atas kerusi roda dan lepak kat laman rumah...lepas tu baru dia akan minum petang...

Setakat ni, ayah saya tak cerewet...apa yg saya masak, ayah saya makan cuma saya perasan kalau saya masak kari, laju je dia makan, kalau rebus2 tu mesti tak abih...hahaha

Okay...utk hari ni, ada stok keledek ungu...kalau rebus je, mesti takdak sambutan...jadi kita goreng je...


Ini resepinya...
Resepi Keledek Ungu Goreng
Bahan
- 4 biji keledek ungu
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu makan air kapur cair
- air secukupnya
- minyak utk menggoreng

Cara

  1. Kupas kulit keledek, hiris memanjang, basuh dan toskan.
  2. Satukan tepung beras, garam dan air kapur. Gaul sebati.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dpt larutan yg sederhana cair.
  4. Panaskan minyak, gaulkan keledek dgn larutan tepung. Masukkan keledek ke dalam minyak.
  5. Goreng hingga masak.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Sedia utk dinikmati.
Hmmm...keledek ungu ni manis, lepas tu pulak tepung gorengnya pun rangup...tak sedar pun dah banyak masuk ke mulut...ralit dok makan...

Utk ayah saya, dihidangkan keledek goreng dgn air teh suam...alhamdulillah, habislah sepiring kecil...selalunya portion utk ayah saya sikit je...kena jaga jugak dietnya, kiranya sekadar utk mengisi perut je...

Okaylah...itu je menu utk minum petang hari ni...

Selamat mencuba!

Babai

Wednesday, 16 December 2015

Sambal Siakap Daun Kari

As salam...

Selalunya kalau ikan siakap ni...saya akan masak tiga rasa atau sweet sour je...kekadang terpikir jugak utk buat masak steam tapi rasanya anak2 saya tak gemar versi steam ni...depa suka ikan yg digoreng garing...

Jadi akhirnya saya buat masak sambal je...nak bagi bangkit bau nya...saya bubuh daun kari...



Okaylah...meh la tengok resepinya...
Resepi Sambal Siakap Daun Kari
Bahan
- 1 ekor ikan siakap dibersihkan
- 1 genggam cili kering rebus dan toskan*
- 2 biji bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 biji tomato*
- 2 batang serai diketuk
- 4 pelepah daun kari
- 1 sudu makan sos ikan
- 1/2 sudu teh cuka
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- minyak masak secukupnya

Cara
  1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada seluruh bahagian ikan.
  2. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisarkan semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  4. Masukkan satu senduk kecil minyak menggoreng ikan tadi ke dalam kuali.
  5. Tumis serai dan daun kari hingga naik bau.
  6. Masukkan bahan kisar. Goreng hingga pecah minyak.
  7. Tambahkan cuka dan sos ikan. Gaul sekata.
  8. Perisakan dgn garam dan gula.
  9. Masak lagi hingga sambal garing.
  10. Setelah sambal cukup rasa dan telah garing, tuangkan sambal ke atas ikan.
  11. Sedia utk dinikmati. 

Sambal ni memang sedap...mungkin sbb saya mmg suka bau daun kari tu...tambah lagi sambalnya yg garing...cubit sedikit isi ikan...cuitkan pulak sambalnya dan makan dgn nasik...sedapnya...tak payah lauk lain pun takpa...

Anak2 saya pun suka...Alhamdulillah...
si nombor dua pun cakap sambalnya sedap...owhhhh ya...cili kering yg saya guna ni versi tak pedas...jadi kalau nak sambal tu pedas, bulehlah jugak diblend sekali cili padi dlm bahan kisar tu...

Okaylah...itu je lauk yg saya masak hari ni....

Selamat mencuba!

Babai

Tuesday, 15 December 2015

Dalca Sayur

As salam...

Menu simple je hari ni...si nombor dua kan suka lauk berkuah, si nombor lima pulak suka makan carrot dan cauliflower...hmmm...pikir punya pikir...buat dalca sayur je...ada kuah...ada sayur gitu...dan utk dpt kan rasa manis tu, kita bubuh udang...senang kan?


Okay...apa lagi...meh tengok resepinya...
Dalca Sayur
Bahan
- 1/4 cawan kacang dhall direndam satu jam
- 10 ekor udang sederhana
- 1 peket rempah kari
- 3 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1 hiris halia*
- 1 kotak kecil santan
- 2 biji kentang dipotong empat
- 1 biji carrot dipotong serong
- 1/2 cawan cauliflower
- 2 biji cili hijau dihiris kasar
- 1 biji bawang besar belah empat
- sedikit tomato ceri
- 1 keping asam keping
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Untuk menumis
- 2 biji bawang merah dihiris
- 1 ulas bawang putih dihiris
- 1 hiris halia
- rempah empat sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih, bunga lawang)
- 1 tangkai daun kari
- minyak utk menumis

Cara
  1. Rebus kacang dhall hingga empuk. Tos dan ketepikan.
  2. Tumbuk halus bahan bertanda*. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan tumbuk dan rempah kari. Tambahkan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan,asam keping dan kacang dhall. Tambahkan air secukupnya. Renehkan hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan kentang dan carrot. Apabila kentang 3/4 empuk, masukkan udang, cauliflower, cili hijau dan tomato. Perisakan dgn garam secukup rasa.
  6. Masak lagi sehingga ubi kentang empuk sepenuhnya.
  7. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Kadang2 sejenis lauk utama pun dah cukup...dan kali ni saya goreng telur dadar sbg tambahan...berselera pulak rakyat jelata...bertambah nasiknya...

Kalau tengok resepi ni, udang saya masuk lambat...bukannya apa, kalau dimasak lama, udang tak juicy lagi...pasal tu akhir2 baru masuk kan udang tu...dan mcm mana nak tau udang dah masak...senang je, warna kulit bertukar dan ekornya melengkung ke bahagian kepalanya...


Okaylah...jadi apa lagi...bulehlah dicuba resepi ni...

Babai

Monday, 14 December 2015

Sotong Bakar Ala Portugis

As salam...

Sotong mmg all time favourite..masak lah apa pun...mesti menggamit selera punya...

Selalunya saya akan makan kepala sotong sbb Boss Besar tak suka part tu...sbg bini yg budget mithali, kita bagi laki makan badan sotong, bini tolong perabih kepalanya...

Semalam pi pasar tani, saya beli sotong...tak banyak pun...sepuluh ekor je...cukuplah tu...

Dan hari ni...inilah hasilnya...



Resepi Sotong Bakar Ala Portugis
Bahan
- 10 ekor sotong dihiris tiga bahagian
- 4 ulas bawang putih dicincang
- 4 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan gula perang
- garam secukup rasa
- 4 biji bendi dihiris kasar
- 3 helai daun limau purut dihiris halus
- sedikit minyak utk menumis
- daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan dikisar halus
- 6 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 2 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 1 inci kunyit hidup
- 1 biji tomato

Cara
  1. Untuk garlic oil, panaskan empat sudu minyak. Goreng bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api.
  3. Masukkan sotong dalam tumisan. Gaul rata.
  4. Pindahkan sotong dan rencahnya ke dalam aluminium foil yg dilapik dgn daun pisang. Balut kemas.
  5. Bakar dgn menggunakan oven/pemanggang ajaib selama 10 minit.
  6. Selepas 10 minit, buka bungkusan aluminium foil dan taburkan hirisan bendi. Bakar lagi 5 minit.
  7. Tutup api. Sebelum menghidang, tuangkan garlic oil dan taburkan hirisan daun limau purut.
  8. Sedia utk dinikmati.

Mmg menarik lauk ni...aroma daun limau purut dan jugak garlic oil tu mmg ngam...kalau tengok rencahnya lebih kurang mcm nak masak rendang je cuma tak bubuh santan...

Bendi tu pun tak layu sgt...bila makan masih ada rangup2 lagi...

Hmmm...lepas ni bulehlah dicuba dgn ikan ataupun udang pulak...

Selamat mencuba ya!

Babai

Saturday, 12 December 2015

Goreng Isi Ayam dgn Brokoli

As salam...

Hari ni malas masak beria2 sangat...breakfast tadi dah makan kueyteow goreng ..

Selalunya dua peket kueyteow tak cukup tapi sekarang ni mcm terlebih pulak...sbb rakyat jelata asyik mengadap games sampai lupa nak makan...rasanya depa mmg balas dendam main games ni sbb time hari sekolah tak dpt main...

Saya dok kira hari je nak simpan semua mak nenek games depa tu...hahaha...hangpa tunggu lah...



Panjang pulak cerita...okay...ini resepinya...
Resepi Goreng Isi Ayam dgn Brokoli
Bahan
- 4 keping dada ayam dihiris
- 2 ulas bawang putih*
- 1 hiris halia*
- 1 labu bawang besar dihiris
- 1/4 biji capsicum hijau dan merah
- 1 mangkuk brokoli
- sedikit cendawan tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- garam dan serbuk kunyit secukupnya
- minyak utk menggoreng

Cara
  1. Tumbuk semua bahan bertanda* hingga halus.
  2. Satukan isi ayam, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk. Gaul rata. Perap 10 -15 minit.
  3. Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Ambil 1 senduk kecil minyak menggoreng ayam tadi. Goreng bawang besar, capsicum, cendawan dan brokoli hingga agak layu. 
  5. Masukkan ayam yg telah digoreng. Tambahkan sos ikan. Gaul sebati.
  6. Tutup api. Sedia utk dinikmati.

Senang kan...budak2 ni memang suka makan ayam..sekejap je licin...masalahnya depa tak makan sayur...mak nya yg kena tolong perabihkan...

Sekarang ni saya mmg beli isi ayam je..pi beli kat pasar tani stadium tu...lepas tu beli rangka ayam utk direbus buat stok ayam...

Harapnya momentum memasak ni akan berterusan lah utk tahun depan sbb dah mula kerja kan...ntah2 saya terus gantung kuali...muahahaha...

Apapun, selamat mencuba!

Babai

Friday, 11 December 2015

Kuih Kosui

As salam...



Hari ni saya nak buat kuih org dolu2...kuih kosui...bila check bahan2 kat dapur...semua ada...apa lagi jom masuk dapur lah...

Saya suka tekstur kuih ni...kenyal2 gitu dan aroma gula merah tu yg naikkan selera...kena pulak dgn kelapa parut...aishhhhh..berganda2 sedapnya...

Saya ingat anak2 saya tak suka kuih ni...maklumlah kuih lama...tapi nampaknya depa suka...terutamanya si nombor tiga...ehhhh...kakak dah tukaq selera lah...



Okay...takmau cerita panjang...ini resepinya...
Resepi Kuih Kosui
Bahan
A
- 1 cawan gula merah
- 2 cawan air

B
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 3/4 cawan gula pasir
- 2 cawan air
- 2 sudu makan air kapur

C
- kelapa parut digaul dgn sedikit garam.

Cara
  1. Didihkan bahan A. Tapis dan biarkan sehingga suam.
  2. Satukan bahan B. Blend hingga sebati.
  3. Campurkan bahan A dan bahan B. Blend sehingga semuanya bercampur sebati.
  4. Tuangkan campuran ke dalam loyang.
  5. Kukus dengan api kuat selama 30 minit.
  6. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan digaulkan dgn kelapa parut.
  7. Sedia utk dinikmati.
Simple je cara buat kuih ni...sambil2 dok kemas rumah...saya buat kuih ni...

Mmg ralit dok makan kuih ni, kenyal2 dan tak manis sangat...hujung2 rasa berlemak jugak...

Okaylah...apa lagi...kalau buntu taktau nak buat apa utk makan petang...kuih kosui lah jawapannya...

Babai

Thursday, 10 December 2015

Sup Ayam Goreng

As salam...

Hmmmm...selalunya kalau saya buat sup, isi ayam terus dimasukkan dlm kuah ataupun selepas ditumis, isi ayam tu di'saute' sekejap hingga kecut sblm ditambahkan air...

Tapi hari ni saya nak tukar sikit caranya, ayam tu saya nak goreng dulu lepas tu baru dibuat sup...ada beza tak?

Okay...takmau cerita panjang...meh tengok resepinya...


Resepi Sup Ayam Goreng
Bahan
- 1/4 ekor ayam dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1 sudu teh serbuk rempah mak siti
- 2 biji kentang potong empat
- 1 biji carrot dihiris kasar
- 1 labu bawang besar belah empat
- 1 tangkai batang celery dihiris
- 1 pokok daun ketumbar dihiris
- minyak masak secukupnya
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- air secukupnya
- sedikit rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)

Cara

  1. Tumbuk halus bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan satu sudu makan minyak masak. Tumis rempah empat sekawan hingga naik bau.
  4. Masukkan rempah sup dan bahan tumbuk. Goreng hingga garing.
  5. Tambahkan air secukupnya. Apabila kuah mula mendidih, masukkan ayam dan kentang.
  6. Perisakan dgn garam. Setelah kentang 3/4 empuk, masukkan celery, carrot,daun ketumbar dan bawang besar. Masak lagi hingga mendidih dan kentang empuk sepenuhnya.
  7. Tutup api. Taburkan bawang goreng.
  8. Sedia utk dinikmati.
Senangkan...ada beza ke? Kalau ikut saya, ada beza...aroma sup ni menyerlah dgn wangi ayam goreng..dari segi rasanya, takdak lah berbeza sangat...kekadang kalau makan sup ayam mcm ada rasa hanyir ayam kan...tapi bila ayam yg digoreng ni...dah takdelah bau ayam tu...

Kalau nak pedas, buleh lah diketuk dua tiga biji cili padi dan dimasukkan dlm sup...saya tak bubuh sbb anak2 kecik lagi...depa tak mkn pedas...dan kalau nak kuah ala-ala sup siam tu bulehlah diperah sedikit limau nipis dlm kuah sup tu...

Apa pun...sup ni sedap dan saya akan buat lagi sup versi ayam goreng ni...

Babai

Tuesday, 8 December 2015

Kek Batik 2

As salam...

Hari ni rumah saya sgt meriah...ada empat famili yg dtg...rasa mcm ada kenduri pulak...

Boss Besar pi kerja jadi tinggal saya dgn anak2 je kat rumah...mengemas mana yg patut...rumah kena tip top kan...barulah nampak 'wangi' depan MIL kan...kehkehkeh...

Menu utk famili kelate sgt simple..ikan rebus goreng cicah budu, ulam dan jugak satu lauk berkuah...nak bagi meriah sikit, tambah telur dadar dgn ikan masin...kiranya dua kali jugak saya tanak nasik...almaklumlah periuk saiz kecik je..apapun alhamdulillah...tetamu kan bawak rezeki...moga2 kami pun dimurahkan rezeki...

Kek Batik ni utk minum petang...jadi meh tengok resepinya...



Resepi Kek Batik
Bahan
- 200g milo
- 125g butter
- 1 peket biskut marie (270g)
- 1/2 tin susu pekat
- 2 sudu besar serbuk koko
- secubit garam

Cara
  1. Cairkan butter, tambahkan susu pekat dan campuran serbuk koko dan milo. Kacau sebati. Tambahkan sedikit garam gaul sekata.
  2. Setelah semuanya sebati, tutup api dan masukkan biskut marie. Kacau hingga semua biskut bersalut dgn campuran milo.
  3. Pindahkan adunan ke dalam loyang. Rata dan mampatkan dgn menekan menggunakan belakang sudu.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  5. Setelah kek 'set' sepenuhnya, potong dgn menggunakan pisau yg tajam.
  6. Sedia utk dinikmati.

Kek batik versi kali ni, rangup dan tak lembik...biskut marie pun tak lemau...puas hati lah dgn hasil kejadiannya....

Satu loyang tak cukup sbb ramai kan...next time buleh buat utk dua adunan...hmmm..masa tu barulah betul2 puas makan...hikkkks...

Nak amik gambar bebanyak pun malu jugak...maklumlah depa taktau yg saya ada blog...hahaha..kiranya amik gambar pun curi2 je...

Apa pun selamat mencuba!

Babai

Monday, 7 December 2015

Gulai Ayam Letak Terung dan Carrot

As salam...

Hari ni masak yg simple je sbb ada misi nak kemas rumah...esok MIL dan famili adik ipar nak mai...owhhhh...rumah mestilah kena tip top kan...hahaha...

Memandangkan anak2 saya suka lauk berkuah dan mak depa ni malas nak masak beria2, lauk yg saya dok bayangkan ialah gulai ayam lepas tu dlm gulai tu, bubuh terung dgn carrot...hmmmm dah ada sayur...senang cerita...dua lauk dlm satu gitu...


Wokeyyyy...ini resepinya
Resepi Gulai Ayam CampurTerung Carrot
Bahan
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 hiris halia*
- 1 peket serbuk kari daging
- 1 kotak kecil santan
- 1 batang carrot dipotong kasar
- 3 biji terung dipotong bulat
- 1 keping asam keping
- air secukupnya
- gula dan garam secukup rasa

Untuk tumis
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1 hiris halia
- 2 pelepah daun kari
- sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
- minyak utk menumis

Cara
  1. Ayam dibasuh bersih. Ketepikan.
  2. Kisar halus semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga terbit bau. Masukkan rempah kari, kacau dgn cepat supaya tidak hangit. Masukkan sedikit air.
  4. Kemudian, tambahkan bahan kisar. Goreng sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam. Gaul sekata. 
  6. Masak sehingga ayam kecut. Masukkan santan, asam keping dan air secukupnya.
  7. Renehkan sehingga mendidih.
  8. Kemudian, masukkan carrot dan terung. Kacau.
  9. Perisakan dengan garam dan gula.
  10. Tutup api apabila ayam telah masak sempurna.
  11. Sedia utk dihidangkan.
Resepi ni sama je mcm gulai biasa tu cuma saya tambah carrot dgn terung je, kalau ada sayur mcm kacang panjang, cauliflower,kentang pun buleh dimasukkan jugak, sekali pandang mcm dalca pulak cuma takdak kacang dhall je...

Pelengkap resepi ni, saya goreng telur dadar...maka berbahagialah rakyat jelata makan nasik hari ni, gulai ayam dgn telur...

Jadi bila dah siap masak ni...apa lagi, jom marathon kemas rumah...

Babai




Saturday, 5 December 2015

Asam Pedas Jenahak dgn Nenas

As salam...

Boss Besar masih lagi outstation... malam ni baru balik...sblm dia outstation, saya dah bagitau dia yg bapak sedara saya masuk wad tapi sbb Boss Besar busy, dia janji utk ziarah pak sedara saya esok bila dia balik dari Jakarta..hmmmm...baiklah...

Bila duduk dgn anak2 je, saya mesti taktau nak masak apa...budak2 ni kalau goreng telur pun dah cukup...hikssss... senang kerja kan...

Pikiaq punya pikiaq...buat asam pedas je...lagipun pokok kesum kat laman sekangkang kera pun dah tinggi...bulehlah guna utk masak asam pedas ni...dan utk bagi lain sikit saya bubuh nenas...kita tengok apa rasanya...



Jom tengok resepinya...
Resepi Asam Pedas Jenahak dgn Nenas
Bahan
- 3 keping isi ikan jenahak dibersihkan
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 hiris halia*
- 1 hiris lengkuas*
- 1/2 inci belacan*
- 1 senduk kecil cili kisar (terpulang nak pedas ke tidak)
- 1 mangkuk air asam jawa (asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dgn air)
- 2 batang serai dititik
- sedikit jintan manis dan jintan putih ditumbuk kasar
- 1 mangkuk kecil daun kesum
- 1 batang bunga kantan belah dua
- 1 mangkuk kecil nenas
- 2 biji tomato belah empat
- minyak utk menumis
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit

Cara
  1. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada isi ikan jenahak. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis serai, jintan manis dan jintan putih yg telah ditumbuk hingga terbit bau.
  4. Masukkan bahan kisar. Goreng hingga kering airnya.
  5. Tambahkan cili kisar. Masak hingga cili garing dan pecah minyak. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
  6. Kemudian, masukkan air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan. Kacau sebati.
  7. Renehkan sebentar dan masukkan ikan, nenas dan tomato. 
  8. Tambah air jika perlu.
  9. Perisakan dgn gula dan garam.
  10. Tutup api apabila kuah mendidih dan ikan masak sepenuhnya.
  11. Sedia utk dinikmati.
Jadi apa hasilnya bila letak nenas dalam kuah asam pedas ni? Sedap sbb ada rasa manis2 nenas dlm kuahnya...dan jugak ada sedikit aroma nenas selain dari aroma daun kesum dan jugak bunga kantan...masa masak tu kena pandai2 adjust rasa masam, masin dan manis kuahnya tu ya...kalau pedas lagi kick cuma versi kali ni pedas2 manja gitu...maklumlah rakyat jelata semuanya masih dibawah umur kan...

Hmmm..jadi apa lagi...kalau nak kan kelainan, bulehlah cuba asam pedas bernenas ni...

Babai

Friday, 4 December 2015

Roti Bakar Marjerin

As salam...

Ini ialah salah menu masa saya kecik2 dulu...

Mak saya akan sapu marjerin pada roti, tabur gula dan bakar...hmmmm...dulu2 selain dari oven yg bulat tu, mak ada oven yg guna gas, yg sekali dgn stove tu...kalau roti bakar tu, mak akan bakar guna oven gas tu lah...

Satu bungkus roti sekejap je abih...sedap sbb roti bakar ni rangup...rasa mcm makan keropok gitu...lagi sedap bila cicah kopi kan...

Hari ni, saya nak ajar anak2 saya makan roti yg biasa saya makan time kecik2 dulu...saya nak tengok depa suka ka tak makan roti ni...lagipun roti yg ada kat umah ni esok expired...jadi mai kita kerjakan roti ni...


Resepi Roti Nostalgia Dulu Kala
Bahan
- roti gardenia kerat dua
- butter
- gula

Cara
  1. Sapu butter pada roti.
  2. Taburkan gula.
  3. Susun dlm loyang.
  4. Bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau sehingga garing.
  5. Sedia utk dinikmati.
Owhhhh...nampaknya anak2 suka...terutamanya si nombor tiga...buleh lah buat roti ni lain kali...

Jadi apa lagi...kalau ada roti kat rumah tu, bulehlah dibakar mcm ni...

Hmmmm...apa pulak menu nostalgia anda?

Babai

Thursday, 3 December 2015

Bihun Goreng Noxxa

As salam...

Hari ni bersiaran dari Ampang...
biasalah cuti sekolah mana lagi destinasi bercuti...mai ampang lah aktivitinya...tambah lagi Boss Besar out station...lagi lah panjang kaki...hahaha...kalau ikut hati mcm nak drive balik kampung je tapi mesti Boss Besar tak bagi punya...hahaha

Selalunya hujung tahun, Boss Besar busy...out station dan kalau tak pi mana2 pun, ada je jemputan kenduri...saya tak kisah sgt tapi kesian kat anak2...duduk rumah...depa dok mengadap games je...lepas tu Boss Besar mula lah marah bila bebudak  ni jadi ralit dgn games...iyalah itu je aktiviti yg depa ada...bila petang nak pi playground hujan pulak...

Jadi mcm ni lah...bila Boss Besar takdak, kami mai Ampang je...biaq depa main dgn cousins.. 

Owhhh.. apa kaitan dgn menu hari ni...bila ramai2 ni depa mesti nak makan je...kebetulan kakak saya mmg ada periuk noxxa ni...mulanya saya tak plan pun nak guna tapi pikir2 jom cuba...kita tengok apa hasil kejadiannya...



Resepi Bihun Goreng Noxxa
Bahan
- 1 bungkus bihun basuh dan toskan
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1 sudu makan cili kisar ( blh tambah kalau nak pedas lagi)
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 peket perencah bihun goreng
- 15 ekor udang
- 1 batang carrot di hiris
- 2 cawan air
- garam secukup rasa
- hirisan telur dadar sbg hiasan

Cara
Lepas masuk bihun, steam 2 mins!
Lepas 2 minit
  1. Masukkan minyak ke dalam periuk, tekan stir fry mode dan on.
  2. Apabila minyak panas, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi
  3. Masukkan cili kisar, kacau hingga cili garing. Tambahkan perencah bihun goreng, semua jenis sos dan kicap. Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan udang. Apabila udang mula kecut, tambahkan air dan garam. Kacau rata.
  5. Tekan mode off. Masukkan bihun. Kacau hingga bihun bergaul mesra dengan rencahnya. Taburkan carrot. Tutup periuk hingga rapat.
  6. Tekan mode steam dua kali. Tunggu hingga mode bertukar kepada warm/reheat.
  7. Biarkan sebentar sebelum di buka tudung periuk. Kacau rata.
  8. Angkat dan sedia utk dinikmati.
Owhhh...sangat cepat dah buleh makan bihun ni...yg bestnya sbb bihun tu tak putus2 dan jadi pendek2..iyalah kalau cara biasa, kita kena selalu kacau bihun tu utk bagi masak sekata kan...

Saya agak2 dari masa mula sediakan bahan sampai lah bihun masak tak sampai 20 minit pun...bihun pun tak payah direndam...okaylah periuk ni sgt sesuai utk mak2 yg busy tapi mmg suka masak utk famili...hmmmm...mcm berhajat nak beli jugak lah noxxa ni tapi bila tgk harga...simpan dulu hajat hati tu ya...hahaha...

Okaylah...selamat memasak ya!

Babai


Tuesday, 1 December 2015

Kepak Ayam Karamel Pedas

As salam...

Hari ni saya mengamuk sakan dgn rakyat jelata...isunya cuma bergaduh berebut nak main games...aishhhh depa tak jemu2 dgn games ni...start bergaduh bila si nombor empat tak reti nak main games tu, mintak tolong kat si nombor satu tapi abang dia pun bolayan kat dia...lepas tu mula lah sesi menjerit seantereo alam...saya dok bagi warning tapi tak makan saman pun...last sekali saya kata hari ni tak payah makan nasik...hangpa makan lah games tu sampai kenyang...ishhhh geram betul...

Tapi biasalah hati mak kan...kesian pulak bila depa dok ulang alik pi dapur...bukak peti ais..angkat tudung saji...pakat dok makan pisang je dgn roti sapu nutella...jadi masak jugak satu dua lauk kat depa...


Ini resepi lauk yg saya masak tu...
Resepi Kepak Ayam Karamel Pedas
Bahan
- 7  ketul kepak ayam kerat dua
- 5 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar gula
- 3 sudu besar madu
- 2 sudu besar maple syrup
- 1/4 cawan air
- sedikit garam

Cara

  1. Basuh bersih kepak ayam dan toskan.
  2. Tumbuk bahan bertanda* hingga hancur. Ketepikan.
  3. Panaskan kuali, masukkan butter, apabila butter mula mencair, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan serbuk cili, kacau dgn cepat supaya tak hangit.
  5. Masukkan air dan semua jenis sos dan kicap.
  6. Kacau sebati. Masukkan pula kepak ayam. Masak sehingga kepak ayam 1/2 masak.
  7. Tambahkan gula,madu dan maple syrup. Perisakan dgn sedikit garam.
  8. Gaul hingga semua kepak ayam bersalut dgn sosnya. Tutup api.
  9. Pindahkan kepak ayam dan sosnya ke dalam pemanggang ajaib. Masak lagi hingga kepak ayam garing. Semasa proses memanggang, balik-balikkan kepak ayam supaya masak sempurna.
  10. Angkat dan sedia utk dinikmati.
Lepas dah siap,saya goreng pulak telur dadar dan panggil depa makan...berlari2 turun tangga...lapaq lah tu...saya tak dpt bayangkan kalau saya tak masak..mesti kembung perut depa minum ayag je...hahaha

Nampaknya depa suka kepak ayam ni...melekit2 kat tangan...aromanya pun sedap sbb saya guna maple syrup kan...owhhh ya..maple syrup tu adik saya yg bagi...saja je try pakai dlm menu ni...nampaknya hasil kejadian tak mengecewakan...

Dan apa cerita bila depa dah kenyang...depa masih lagi bergaduh berebut games...adoyaiiii...

Babai

Monday, 30 November 2015

Ikan Masin Masak Cuka

As salam...

Ini antara menu yg mmg menggamit selera...kehkehkeh...mesti akan makan bertambah2 pinggan nasik tu dan kemudian menyesal sbb ukur lilit pinggang mengembang dengan jayanya...

Sekali-sekala masak ikut anak tekak sendiri kan...



Wokeyyyy...ini resepi yg simple ni...
Resepi Ikan Masin Masak Cuka
Bahan
- 2 keping isi ikan kurau masin
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 3 ulas bawang  putih dihiris
- 2 keping halia
- 5 biji cili padi
- 1 sudu makan cuka
- 1/4 cawan air
- gula secukup rasa 
- minyak masak secukupnya

Cara
  1. Basuh bersih ikan masin. Rendam sekejap. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng dlm kuali, tumis bawang besar,bawang putih,halia dan cili padi hingga naik bau.
  4. Tambahkan cuka dan air. Kacau hingga mendidih.
  5. Masukkan ikan masin yg digoreng tadi.
  6. Kacau rata. Tambahkan gula secukup rasa.
  7. Renehkan sekejap. Tutup api.
  8. Sedia utk dihidangkan.
Memang sedap makan lauk ni dgn nasik panas...owhhh ya...saya letak gula jugak sbb nak balance kan rasa masin,masam tu...so bila makan tu cukup rasa lah...

Tapi itulah...tak buleh makan selalu sbb masin kan....satgi mencanak2 naik darah tu...hikksss...

Okaylah...apa lagi selamat mencuba!

Babai

Sunday, 29 November 2015

Muffin Labu

As salam..


Dalam peti ais tu ada suku biji labu...hari tu dah masak lemak labu...bukan nak ulang masak lemak lagi kan....

Mulut terasa nak makan sira labu tapi bila pikir2 satgi yg makan cuma saya sorang je...tak berbaloi pulak kan...

Last sekali...jom buat muffin je...rasanya mesti anak2 saya suka....
tambah lagi si nombor tiga...dia mmg suka makan muffin ni...


Okay...ini resepinya...
Resepi Muffin Labu
Bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar chocolate rice
- 3/4 cawan labu yg dilecek*
- 2 biji telur*
- 1/4 cawan minyak jagung*
- 1/4 cawan plain yogurt*
- 1/3 cawan gula castor*
- 3/4 sudu teh baking powder*
- 1/4 sudu teh soda bikarbonat*
- 1/2 sudu teh esen vanilla*
- 1/2 sudu teh garam*

Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan bertanda*di dalam blender. Blend hingga sebati.
  3. Tuangkan campuran yg telah dikisar ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan tepung dan chocolate rice. Gaul hingga sebati.
  5. Susunkan acuan papercup di dalam loyang pembakar. Isikan satu sudu teh adunan ke dalam acuan papercup. Buat sehingga habis.
  6. Masukkan acuan ke dalam oven.
  7. Bakar selama 15 minit atau sehingga masak.
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven, sejukkan.
  9. Sedia utk dinikmati.

Memandangkan saya tak guna acuan muffin, saya dapat 50 biji size mini...saya guna papercup utk cupcake yg paling kecik tu...


Sedap muffin ni, rasa labu tu tak ketara sangat...sedap...lemak-lemak gitu...bila tergigit chocolate rice...bertambah sedap jadinya...

Nampaknya lepas ni buleh lah di buat lagi muffin labu ni...

Macam mana? Kalau dah abih idea nak kerjakan labu...jom buat muffin labu..sedap dimakan bertemankan secawan kopi panas...

Babai